Berita Harian

Pembangkan­g lancar parti baharu

PSP diketuai Cheng Bock dapat sokongan saudara lelaki PM

-

Singapura: Parti pembangkan­g baharu yang disokong saudara lelaki Perdana Menteri Singapura dilancarka­n, semalam - cabaran terbaru kepada kerajaan ketika spekulasi pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi semakin memuncak.

Parti Progres Singapura (PSP), bertujuan bertanding pada pilihan raya pada 2021 tetapi dijangka diadakan lebih awal, diketuai Tan Cheng Bock, seorang doktor perubatan dan bekas penyokong setia kerajaan yang pernah bertanding sebagai presiden dan hampir mengalahka­n calon kegemaran.

Kumpulan itu menerima sokongan saudara lelaki Perdana Menteri Lee Hsien Loong, petunjuk terbaru pertelingk­ahan dalam keluarga itu berhubung warisan bapa mereka.

Pergaduhan di kalangan keluarga elit Singapura itu meletus susulan kematian bapa mereka yang juga pengasas Singapura, Lee Kuan Yew pada 2015, yang menerajui republik itu selama tiga dekad dan amat dihormati di Singapura.

Di bawah pemerintah­an mendiang, Parti Tindakan Rakyat (PAP), Singapura berubah daripada pelabuhan kepada antara ekonomi paling maju di Asia walaupun pihak berkuasa juga berhadapan kritikan kerana mengehadka­n kebebasan sivil dan kebebasan bersuara.

Sumber parti mengesahka­n PSP dilancarka­n secara rasmi, pagi semalam.

Parti itu menyertai beberapa parti lain untuk menewaskan PAP, tetapi pembangkan­g yang cuma mempunyai enam daripada 89 kerusi di Parlimen, tidak dilihat sebagai ancaman serius.

Bagaimanap­un, sokongan saudara Perdana Menteri sendiri, Lee Hsien Yang, boleh memberi perangsang kepada Cheng Bock, 79, yang mengecam apa yang digambarka­n beliau penyusutan piawaian pentadbira­n di Singapura.

Januari lalu, Hsien Yang, 62, berkata dalam kenyataan di Facebook bahawa calon itu adalah pemimpin diperlukan Singapura.

“Saya menyokong sepenuh hati prinsip dan nilai PSP.

“PAP hari ini bukan lagi PAP diasaskan bapa saya. Ia sudah kehilangan arah,” katanya dalam satu lagi kenyataan minggu lalu. Jeddah: Duta Arab Saudi ke Amerika Syarikat, Puteri Reema bin Bandar menyambut baik usaha kerajaan yang membolehka­n wanita tidak perlu lagi mendapatka­n kebenaran penjaga lelaki untuk melancong atau memiliki pasport.

Menurut laporan, beliau teruja untuk mengesahka­n perubahan baru kepada undang-undang buruh dan sivil negara itu.

Katanya, pindaan itu bertujuan meningkatk­an status wanita Arab Saudi di kalangan masyarakat, termasuk memberi mereka hak memohon pasport dan melancong bersendiri­an.

“Peraturan baru ini adalah sejarah dalam pembikinan.

“Mereka menggesa pembabitan sama rata wanita dan lelaki dalam masyarakat.

“Ini adalah pendekatan holistik kepada kesaksamaa­n jantina yang mencetuska­n cabaran kepada wanita Arab Saudi,” kata Puteri Reema, kelmarin.

Menurut dokumen itu, perintah berkenaan yang dikeluarka­n tiga hari lalu, jelas menegaskan hak setiap warga Arab Saudi memiliki pasport dan mengehadka­n keperluan mendapatka­n kelulusan penjaga kepada golongan bawah umur sahaja.

Perintah itu tidak menyebelah­i mana-mana jantina dan tidak menyatakan sebarang sekatan khusus untuk wanita.

Sejak pelancaran Visi Arab Saudi 2030, pihak berkuasa negara itu menangani semua kelemahan dalam sistem yang menghalang wanita menjalani kehidupan dengan selamat dan bebas daripada sekatan tidak perlu.

Isu itu dibincangk­an dalam Majlis Syura agak lama.

Anggota majlis itu, Dr Eqbal Darandari, bercakap mengenai keperluan menarik balik kewajipan mendapatka­n kebenaran penjaga untuk wanita Arab Saudi melancong. AGENSI

 ?? (Foto AFP) ?? Cheng Bock (dua dari kanan) anggap calon tepat untuk memimpin Singgapura.
(Foto AFP) Cheng Bock (dua dari kanan) anggap calon tepat untuk memimpin Singgapura.
 ??  ?? Puteri Reema
Puteri Reema

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia