Berita Harian

‘Beri tamparan awal Liverpool’

Gesaan Guardiola kepada City menjelang aksi Perisai Komuniti malam ini

-

London: Pep Guardiola menggesa Manchester City untuk bersedia menghadapi cabaran luar biasa daripada Liverpool dalam misi memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Justeru, pengurus City itu mahu anak buahnya memberikan tamparan awal kepada The Reds apabila kedua-dua pasukan membuat perhitunga­n dalam aksi pembuka tirai Perisai Komuniti di Stadium Wembley, jam 10 malam ini waktu Malaysia.

Anak buah Guardiola berjaya mengatasi The Reds dengan kelebihan satu mata bagi menjulang trofi liga musim lalu. City meraih gelaran treble dalam saingan bola sepak Inggeris musim lalu dengan muncul juara EPL, Piala FA dan Piala Liga.

Di sebalik kejayaan itu selain diletakkan sebagai pilihan untuk menjuarai liga buat kali ketiga berturut-turut, Guardiola sedar cabaran yang bakal dihadapiny­a daripada Liverpool.

Liverpool yang dibimbing Jurgen Klopp hanya tewas sekali dalam saingan musim lalu - di tangan City - dan menebus kekecewaan itu dengan menjuarai Liga Juara-juara selepas menundukka­n Tottenham Hotspur pada aksi final, Jun lalu.

Biarpun berlaku perselisih­an faham antara kedua-dua pengurus itu minggu ini, namun Guardiola tetap peminat kepada bos Klopp dan pasukan yang dibinanya di Anfield.

Terdahulu, kedua-duanya berbalas kenyataan selepas Guardiola membalas semula kritikan Klopp berhubung perbelanja­an City pada pintu perpindaha­n pemain sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

“Dia memberikan inspirasi HARI INI Liverpool mln Manchester City Std Wembly, 10 mlm kepada saya dalam banyak perkara. Dia pengurus yang ada kelas dan pengurus terbaik. Ia akan memberikan saya cabaran luar biasa setiap kali pasukan saya bertemu dengan pasukan bimbingann­ya,” kata Guardiola.

Guardiola sedar anak buahnya yang juara bertahan Perisai Komuniti mampu menjadi pasukan pertama menjuarai EPL buat kali ketiga berturut-turut sejak Manchester United melakukann­ya pada 2006 hingga 2009.

“Kami memenangi hampir semua trofi. Ia pencapaian yang baik. Kami akan bermula daripada kosong - kami perlu bermula semula tetapi kami sedia menghadapi segala cabaran,” katanya.

AFP

 ??  ?? Pemain City menjalani latihan untuk aksi pembuka tirai Perisai Komuniti di Stadium Wembley.
Pemain City menjalani latihan untuk aksi pembuka tirai Perisai Komuniti di Stadium Wembley.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia