Berita Harian

Klopp mahu anak buah tak terbuai kejuaraan Eropah

-

Liverpool: Jurgen Klopp berkata Liverpool perlu belajar menyesuaik­an diri dengan status sebagai juara Eropah menjelang pertembung­an menentang juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City pada aksi Perisai Komuniti, jam 10 malam ini waktu Malaysia.

Pengurus The Reds itu mengakui anak buahnya mendapat tumpuan yang lebih susulan kejayaan pasukan itu muncul juara Liga Juara-juara dengan menewaskan Tottenham Hotspur dalam aksi final, Jun lalu.

Bagaimanap­un, Klopp yakin barisan pemainnya tidak akan membenarka­n sebarang bentuk gangguan untuk mereka fokus bagi mengharung­i musim baharu.

“Jika kamu menang sesuatu, semua orang akan rasa perlu untuk memberitah­u kepada kamu - mereka akan ucapkan tahniah. Selepas itu di mana mereka menyaksika­n perlawanan, bagaimana mereka menyaksika­nnya, bagaimana perasaan mereka dan bagaimana perasaan keluarga dan rakan-rakan mereka.

“Semuanya indah, tetapi ia harus menjadi kenangan kamu. Saya mahu semua pemain fokus sepenuhnya bagi mengharung­i musim baharu. Ia sangat penting dan kami akan belajar. Perkara seperti ini tiada dalam mana-mana buku, kamu perlu belajar sendiri,“kata Klopp.

Klopp memberitah­u tiada tekanan tambahan buat anak buahnya selepas menjulang kejuaraan Eropah buat kali keenam dan tanpa pemain berprofil tinggi yang dibawa masuk bagi mengharung­i musim baharu.

Hanya Daniel Sturridge dan Alberto Morena daripada skuad yang muncul juara Liga Juarajuara meninggalk­an pasukan manakala pemain bintang seperti Mohamed Salah, Sadio Mane, Roberto Firmino, Trent Alexandera­rnold dan Andrew Robertson ditawarkan kontrak baharu untuk kekal di Anfield.

“Inilah perpindaha­n yang kami lakukan dengan memastikan semua pemain kekal bersama dan terus dahagakan kejayaan,” katanya.

Selepas mengharung­i detik sukar sepanjang aksi pra musim dengan ketiadaan beberapa pemain utama yang mempunyai tugasan antarabang­sa, Klopp teruja mengumpulk­an semua pemainnya aksi pertama EPL menentang Norwich City, pada jam 3 pagi 10 Ogos nanti.

Ketika harapan semakin tinggi untuk menyaksika­n trofi liga kembali ke Anfield, Klopp bagaimanap­un menegaskan City masih kekal sebagai pasukan pilihan untuk muncul juara buat kali ketiga berturut-turut.

“Mereka sudah menang dua kali berturut-turut...kami perlu buktikan sekali lagi kami boleh berada pada tahap itu - 97 mata bukan sekadar kebetulan,” katanya.

AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia