Berita Harian

Impian Aifa tersekat di separuh akhir

-

Kuala Lumpur: Tangisan air mata mengakhiri cabaran pemain skuasy wanita negara, Aifa Azman pada Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 2019 di Bukit Jalil semalam, apabila terkandas di separuh akhir kepada pilihan kedua dari Mesir, Jana Shiha.

Dia nyata gagal menyembuny­ikan kekecewaan selepas kecundang 12-10, 12-14, 11-2, 14-16, 7-11 kepada lawannya itu meskipun berpeluang menutup aksi berkenaan dengan kemenangan di set keempat

Tetapi kegagalan memanfaatk­an tiga mata akhir yang diperoleh pada set keempat menyebabka­n perlawanan di Arena Nicol David itu diheret ke set penentuan yang dimenangi Shiha.

“Saya amat kecewa kerana ini adalah kekalahan pertama saya kepada dia (Shiha),” kata Aifa yang berusia 18 tahun.

Saya fikir boleh menang pada perlawanan tadi kerana saya mendapat mata akhir di set keempat tetapi selepas itu saya gagal mengawal gementar.

“Bersambung set kelima saya ketinggala­n sebelum kembali mengejar 7-7 tetapi kemudianny­a...(terus menangis seketika),” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Kegagalan itu menyaksika­n impiannya untuk muncul sebagai pemain pertama Malaysia mara ke pentas final dalam tempoh 18 tahun tidak kesampaian selepas kali terakhir dilakukan Datuk Nicol David pada 2001 dengan menjuarai kejohanan remaja dunia itu.

Jelas Aifa yang juga bekas pemenang tiga kali Kejohanan Remaja Terbuka British, dia terpaksa akur kepada Shiha yang beraksi baik sebentar tadi.

“Saya fikir dia bermain baik, perlawanan hari ini adalah miliknya. Apapun, saya akan kembali dengan lebih kuat bagi acara berpasukan (bermula Isnin ini),” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia