Berita Harian

Speedy Jantan hampir layak ke Filipina

-

Kejohanan Olahraga Terbuka KL

Kuala Lumpur: Pelari pecut negara Khairul Hafiz Jantan semakin menghampir­i masa kelayakan ke Sukan SEA Filipina bagi acara 100 meter (m) selepas merekodkan 10.50 saat (s) pada Kejohanan Olahraga Terbuka Kuala Lumpur ke-32, di sini, semalam.

Masa kelayakan ke Sukan SEA bagi acara 100m adalah 10.43s.

Pada kejohanan di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil itu, Khairul Hafiz yang mewakili Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) meraih emas, diikuti Muhammad Solihin Jamali dari Majlis Sukan Wilayah Persekutua­n (MSWP) (10.65s) dan Muhammad Fakhrul Abdul Aziz dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ)(10.67S) masing-masing meraih perak dan gangsa.

Walaupun masih jauh daripada rekod peribadiny­a iaitu 10.18s, namun pelari yang dikenali dengan julukan The Speedy Jantan itu menunujukk­an perkembang­an positif berbanding penyertaan sulungnya di Sukan Universiti Dunia di Napoli, Itali, bulan lalu.

“Ini aksi kedua saya selepas berehat hampir tujuh bulan, masih banyak perlu saya perbaiki namun saya tetap berpuas hati kerana saya mampu berada di tahap ini hanya dengan enam minggu latihan.

“Bagi saya rekod hari ini (10.50s) sudah cukup bemakna lebih-lebih lagi tiada kecederaan berulang hari ini. Alhamdulil­lah. Program yang disediakan jurulatih sangat bagus,” katanya.

Di Napoli, pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur itu sekadar merekodkan masa 10.70s pada peringkat saringan sekali gus gagal ke separuh akhir.

Khairul Hafiz bertanding buat kali pertama di Napoli selepas berehat tujuh bulan kerana mendapatka­n rawatan dan pembentuka­n fizikal dari Institut Sukan Negara (ISN).

Seterusnya, bagi memburu slot ke Sukan SEA Filipina, beliau akan beraksi di Terbuka Malaysia bermula 16 hingga 18 Ogos ini dan SIPMA (Sukan Institusi Pendidikan Malaysia) bermula dari 17 hingga 24 Ogos.

“Saya tidak rasa tekanan sangat walaupun masih belum layak ke Sukan SEA sebab saya tahu keadaan badan saya yang baharu baik dari kecederaan. Saya kena berehat tapi saya akan buat yang terbaik di Terbuka Malaysia nanti,” katanya.

BERNAMA

 ?? (Foto Muhd Zaaba Zakeria/ BH) ?? Khairul Hafiz (tiga dari kanan)memenangi acara 100 meter pada Kejohanan Olahraga Terbuka KL di Stadium Mini MSN, semalam.
(Foto Muhd Zaaba Zakeria/ BH) Khairul Hafiz (tiga dari kanan)memenangi acara 100 meter pada Kejohanan Olahraga Terbuka KL di Stadium Mini MSN, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia