Berita Harian

‘Penyokong dah tak ramai’

Kapten JDT luah kecewa, harap kembali penuh

-

Apakah keterujaan penyokong pasukan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk hadir bagi menyaksika­n barisan skuad Harimau Selatan beraksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin mula pudar?.

Persoalan itu timbul selepas hanya 5,860 penyokong yang direkodkan hadir menyaksika­n perlawanan membabitka­n pasukan berkenaan menentang UITM FC pada aksi Kumpulan B saingan Piala Malaysia, malam kelmarin.

Kemerosota­n bilangan penyokong hadir di gelanggang yang mampu memuatkan lebih 20,000 penyokong itu mendapat perhatian kapten pasukan JDT, Hariss Harun yang jelas kecewa dengan perkembang­an berkenaan.

Dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers (JST) semalam, Hariss mengakui dia dan rakan sepasukan juga seolah-olah tidak percaya dengan nasib menimpa juara liga enam kali berturut-turut itu.

“Saya menyertai JDT pada musim 2014 dan ketika itu amat bangga dengan suasana `sorakan Larkin’ yang kerap menjadi inspirasi saya dan rakan sepasukan beraksi penuh semangat namun aura itu sudah ‘hilang’ pada aksi malam tadi (kelmarin).

“Sejujurnya, kami tidak percaya ia terjadi kerana kami fikir selepas muncul juara liga enam kali maka sokongan akan lebih padu daripada penyokong. Tetapi ia tidak berlaku dan dan jika saya perlu berkongsi dengan anda sama ada ia memberi kesan kepada prestasi kami. Sudah tentu beri kesan.

“Tanpa penyokong yang berada di belakang kami, pastinya menjadi lebih sukar buat kami sebagai satu pasukan memberikan segala-galanya ketika menentang pasukan lawan,” kata Hariss.

Sementara itu, pemeriksaa­n ke atas reaksi balas daripada penyokong JDT menerusi Facebook JST itu mendapati rata-rata memberi komen tampak bersikap negatif dan menyalahka­n pihak kejurulati­han.

Mereka berpendapa­t kejurulati­han gagal membentuk corak permainan taktikal menarik berbanding ketika di bimbing oleh jurulatih terdahulu seperti Mario Gomez, Ulisses Morais dan Raul Longhi.

Sebagai rekod, kapasiti baharu Stadium Tan Sri Hassan Yunos selepas diubahsuai mampu memuatkan 30,000 penyokong, sekali ganda berbanding kapasiti terdahulu iaitu 15,000.

Dua pakej bagi pas bermusim ditawarkan pasukan itu iaitu bahagian tempat duduk terbuka dengan harga RM400 sehingga RM800, sementara tiket bahagian ‘lowerstand’ ditawarkan pada harga RM1,200.

Tiket biasa pula berharga RM30 bagi tempat duduk berbumbung, manakala RM10 bagi tempat duduk tidak berbumbung.

Skuad utama JDT tidak akan menggunaka­n Stadium Tan Sri Hassan Yunos bermula musim hadapan, sebaliknya Stadium Sultan Ibrahim sebagai gelanggang rasmi baharu.

Tanpa penyokong di belakang kami, pastinya menjadi lebih sukar buat kami memberikan segala-galanya.

Hariss Harun, Kapten JDT

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia