Berita Harian

Pengendali UITM FC tetap puas prestasi pemain

- Sukanteam@nstp.com.my

Johor Bahru: Pengendali UITM FC, Ismail Zakaria menerima hakikat kekalahan 1-3 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), namun tetap berpuas hati dengan kesungguha­n pemainnya yang berjaya membuat pemain tuan rumah berhempas pulas sebelum meraih kemenangan.

Katanya, persembaha­n pada babak pertama cukup membanggak­an apabila berjaya menyukarka­n skuad Harimau Selatan menambah jaringan walaupun gol awal pada minit ke-15 memberi kesan kepada pemain.

“Persembaha­n pemain saya tidaklah mengecewak­an terutama selepas berjaya menghalang JDT menambah jaringan pada babak pertama. Mereka berjaya membuat lawan terpaksa bertungkus lumus mencipta kemenangan.

“Kita ada peluang untuk menjaringk­an gol menerusi Park (Yong-jun), tapi dia lambat melakukan penyudah. Jaringan minit akhir Zarko (Korac) sekurang-kurang memberi kami motivasi tinggi apabila hanya tewas 1-3 dalam perlawanan itu,” katanya.

Ismail juga memuji barisan pertahanan yang 100 peratus dibarisi pemain tempatan serta beraksi mengikut perancanga­n apabila menyekat gerakan dari posisi sayap diterajui Safawi Rasid dan Gonzalo Cabrera.

Katanya, walaupun tidak dapat menurunkan Bernard Agele yang menjalani penggantun­gan satu perlawanan untuk mengemudi benteng pertahanan, pemain tempatan tidak kekok memberi persembaha­n terbaik apabila mengekang asakan bertali arus pemain JDT.

“Aksi seterusnya menentang PKNP FC di laman sendiri dan sasaran kami untuk cipta kemenangan. Bukan saya kata PKNP FC tidak bagus, tetapi itu peluang terbaik mengumpul tiga mata selain Petaling Jaya City FC (PJ City FC) adalah ‘lubuk’ tiga mata dalam saingan Kumpulan B,” katanya. Oleh Rizar Mohd Noor Johor Bahru:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia