Berita Harian

Perak waspada taktik Sabah

Tambadau anggap saingan sukar, elak tragedi dibelasah berulang

- Oleh Shamsul Kamal Amarudin dan Ryan Stanley sukanteam@nstp.com.my

Ipoh: Perak mengambil sikap berwaspada apabila menerima kunjungan juara Liga Perdana, Sabah dalam perlawanan pertama misi mempertaha­nkan Piala Malaysia di Stadium Perak, di sini, malam ini.

Biarpun pernah memalukan skuad Tambadau dengan jaringan lima gol tanpa balas pada perlawanan separuh akhir pertama piala sama di sini musim lalu, ia bukan alasan untuk The Bos Gaurus memandang enteng keupayaan lawannya itu.

Ketua pasukan, Shahrul Saad, berkata keupayaan Sabah yang baharu menjuarai Liga Perdana jelas jauh berbeza dengan pasukan sama yang ditemui musim lalu, sekali gus tidak boleh dipandang remeh.

“Bagi Perak, aksi pertama dalam saingan Piala Malaysia ini adalah pertarunga­n penting untuk kembali menyuntik semangat dan motivasi pemain supaya dapat kembali bangkit daripada kekalahan final Piala FA tempoh hari,” katanya.

Mengenai kritikan peminat terhadap sentuhan penyudah Perak agak tumpul musim ini, Shahrul berkata, dalam tempoh beberapa hari lalu mereka sepasukan sudah melakukan penilaian semula terhadap corak permainan terutama ketika tumpas 0-1 di tangan Kedah minggu lalu.

Sementara itu, pengendali Sabah, Jelius Ating tidak mahu sejarah kekalahan besar dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Perak, musim lalu, berulang lagi malam ini.

“Memang perlawanan itu satu kenangan pahit kepada pasukan tapi itulah Piala Malaysia dan itulah bola sepak, apa pun boleh berlaku. Kadangkada­ng pasukan pilihan pun boleh ditumbangk­an oleh pasukan bukan pilihani,” katanya semalam.

Jelius berkata, skuad Tambadau sudah melakukan persiapan rapi bagi menghadapi saingan Piala Malaysia musim ini dan berharap mereka akan mencatat keputusan baik dalam aksi pembukaan bertemu The Bos Gaurus walaupun mengakui ia satu tugas sukar.

 ??  ??
 ??  ?? Khairul Fahmi
Khairul Fahmi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia