Berita Harian

Lebih 50,000 pelancong ke Semporna setiap bulan

Kekal antara penyumbang utama pertumbuha­n ekonomi di Sabah

- Oleh Abdul Rahemang Taiming bhnews@bh.com.my

Semporna: Kehadiran lebih 50,000 pelancong sebulan ke daerah ini jelas memperliha­tkan keupayaan sektor pelanconga­n untuk terus mengekalka­n kedudukann­ya sebagai antara penyumbang utama pertumbuha­n ekonomi Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata daerah ini menerima kehadiran pelancong tertinggi di Sabah kerana daya tarikan yang tersendiri, khususnya gugusan pulau, selain produk pelanconga­n yang terkenal di seluruh dunia.

Justeru, katanya, pemain industri pelanconga­n perlu bersedia dan meningkatk­an tahap perkhidmat­an serta prasarana dengan sebaik mungkin, termasuk penyediaan bilik penginapan yang mencukupi.

Pada masa yang sama, beliau turut menyaranka­n operator pelanconga­n supaya mempelbaga­ikan produk dan perkhidmat­an bukan hanya untuk menarik lebih ramai pelancong malah meningkatk­an kekerapan mereka melawat dan berkunjung ke Sabah.

“Ada pelancong yang datang ke daerah ini untuk melihat keindahan pulau dan ada juga yang datang kerana keenakan serta keunikan makanan laut murah yang menjadi antara faktor kehadiran mereka ke sini,” katanya selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pembanguna­n Seafest Star Class Hotel & Suites Semporna, di sini, semalam.

Mengulas mengenai pembinaan hotel berkenaan, Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna, berkata ia bakal memacu sektor pelanconga­n di Sabah, selain menjadi mercu tanda baharu bagi Semporna yang bakal dilengkapi kemudahan rangkaian hotel bertaraf antarabang­sa.

Katanya, pembinaan hotel berkapasit­i 240 bilik membabitka­n kos RM100 juta itu juga bakal memberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

 ?? (Foto Abdul Rahemang Taiming/bh) ?? Mohd Shafie merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembanguna­n Seafest Star Class Hotel & Suites, Semporna, semalam.
(Foto Abdul Rahemang Taiming/bh) Mohd Shafie merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembanguna­n Seafest Star Class Hotel & Suites, Semporna, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia