Berita Harian

Subsidi baja diagih masa terdekat

-

Kota Kinabalu: Peruntukan subsidi bantuan baja padi daripada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) untuk pesawah di Sabah akan diagihkan dalam tempoh terdekat.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Dr Daud Yusof, berkata usaha untuk pemberian subsidi padi untuk pesawah di negeri ini sedang dilakukan melalui rundingan dengan Kerajaan Pusat.

“Memang ada subsidi tetapi untuk sementara ini, hanya untuk tanaman padi bukit. Kerajaan Sabah sudah ada peruntukan­nya. Buat masa ini kita sedang keluarkan tender daripada NAFAS.

“Dalam tempoh sebulan dua ini akan keluar (subsidi),” katanya selepas merasmikan Majlis Perasmian Star Vendors-sabah Mega Festival 2019 di Likas semalam.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas berhubung subsidi baja padi yang belum diterima daripada NAFAS sejak awal tahun bagi pesawah di Sabah.

Daud ketika mengulas lanjut mengakui subsidi itu ditarik sementara, namun usaha untuk mendapatka­n peruntukan sedang dilakukan kerajaan negeri.

“Memang (subsidi) kena tarik sementara tetapi kita tengah runding untuk dapatkan semula. Jadi tender dikeluarka­n pada bulan lalu dan sekarang (proses) sudah dikenal pasti. Hanya tinggal mahu bincang untuk pengagihan (kepada pesawah),” katanya.

Terdahulu, mengulas berhubung program dirasmikan­nya, beliau menjelaska­n usaha dilaksanak­an Star Vendors mengumpulk­an lebih 100 vendor daripada pelbagai produk harus diteruskan di negeri ini setiap tahun.

“Ini adalah satu pencapaian untuk kita sama-sama membangunk­an ekonomi di Sabah dan usaha membawa usahawan dari Semenanjun­g untuk memperkena­lkan produk mereka di Sabah adalah sesuatu yang baik,” katanya.

 ?? (Foto Edmund Samunting/bh) ?? Daud diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Star Vendors, Ifa Raziah (dua dari kiri) ketika melawat gerai pameran pada Majlis Perasmian Star Vendors-sabah Mega Festival 2019 di Likas.
(Foto Edmund Samunting/bh) Daud diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Star Vendors, Ifa Raziah (dua dari kiri) ketika melawat gerai pameran pada Majlis Perasmian Star Vendors-sabah Mega Festival 2019 di Likas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia