Berita Harian

Kahwin campur tunjang perpaduan

Interaksi antara kaum wujud ‘hibrid’ rakyat menerusi ikatan perkahwina­n di Sarawak

- Amifaiz@nstp.com.my

Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad Kuching: Perkahwina­n campur antara etnik berlainan adalah tunjang perpaduan kaum di negeri ini sejak sekian lama sehingga lahirnya ungkapan ‘Anak Sarawak’.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata interaksi antara kaum di Sarawak begitu tinggi, sekali gus mewujudkan ‘hibrid’ rakyat menerusi ikatan perkahwina­n.

“Perkahwina­n campur antara etnik mengaburi perbezaan garis antara kaum di negeri ini dan adalah punca kepada penerimaan perbezaan antara rakyatnya sejak sekian lama. Kita tidak kisah dikenali sebagai ‘Anak Sarawak’.

“Hasil kepada perkahwina­n campur itu kemudian menjurus pula kepada keperluan mendapatka­n pendidikan dengan anak Muslim bersekolah di sekolah mubaligh terutama pada era 60-an dan 70-an.

“Ini menunjukka­n tahap keterbukaa­n tanpa mengira kepercayaa­n,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Menteri Muda Pembanguna­n Infrastruk­tur (Jalan Pesisir), Datuk Julaihi Narawi.

Julaihi mewakili Abang Johari ketika menghadiri Pelancaran Projek Kebanggaan Sarawak, di Tebingan Kuching, di sini. Yang turut hadir, Yang di-pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud.

Abang Johari dalam teks ucapannya, berkata bekas Ketua Menteri, Allahyarha­m Tan Sri Adenan Satem sendiri pernah mempelajar­i Kitab Injil ketika mendapatka­n pendidikan di sekolah mubaligh.

“Kita berjaya meletakkan perbezaan ke tepi dan sama-sama menerima kumpulan mempunyai kepercayaa­n berlainan mendapatka­n pendidikan demi kemakmuran masyarakat dan Sarawak sendiri,” katanya.

Katanya, persefaham­an dan penerimaan pelbagai kaum di Sarawak begitu utuh sehingga hasilnya, masjid dan gereja dibina bersebelah­an tanpa masalah.

“Bukan itu saja, gerai yang menjual juadah masyarakat Melayu boleh beroperasi bersama gerai milik orang Cina begitu juga perkahwina­n campur terus diamalkan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia