Berita Harian

Komited atasi isu Mykad, sijil lahir etnik Penan

-

Miri: Kerajaan Pusat akan memastikan isu Mykad dan ketiadaan sijil lahir yang dihadapi masyarakat Penan di kawasan luar bandar utara Sarawak sejak sekian lama, dapat diatasi segera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Dr Ting Tiong Choon, berkata wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) akan menyertai misi Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) di luar bandar untuk mendaftark­an Mykad dan sijil lahir bagi etnik Penan.

Beliau berkata, lawatan pertama membabitka­n kawasan penempatan Penan di Long Menging dekat Ba Magoh di utara negeri ini.

“Perjalanan untuk sampai ke penempatan Penan itu mengambil masa lebih sembilan jam, bergantung keadaan jalan balak menuju ke kawasan berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Tiong Choon berkata, selepas Ba Magoh, rombongan sama akan mengunjung­i penempatan etnik Penan di tanah tinggi utara Sarawak iaitu Bario.

Beliau berkata, kerajaan yang baru mengambil perhatian serius untuk menyelesai­kan isu berkenaan supaya tidak dibiarkan berlarutan.

Sementara itu, Pengerusi Penan Empowermen­t Networking Associatio­n (PENA), Elia Bit, mengakui masih ramai etnik Penan di Sarawak tidak memiliki Mykad dan sijil lahir, walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan ke arah itu.

“Nampak begitu sukar untuk etnik Penan di Sarawak memperoleh Mykad atau sijil lahir kerana kesedaran memilikiny­a amat rendah.

“Justeru, kita akan bekerjasam­a dengan Kerajaan Pusat untuk

Wakil rakyat PH akan sertai misi JPN di luar bandar untuk daftarkan Mykad dan sijil lahir bagi etnik Penan. Lawatan pertama babitkan kawasan penempatan Penan di Long Menging dekat Ba Magoh, di utara Sarawak.

mengatasi masalah berkenaan supaya ia tidak lagi dipolitikk­an,” katanya.

Beliau berkata, terdapat etnik Penan yang pernah memohon Mykad selama 10 tahun, tetapi masih belum berpeluang memperoleh­nya.

Ting Tiong Choon, ADUN Pujut

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia