Berita Harian

EXCO alam sekitar semua negeri diarah ketuai operasi pantau sungai, kilang haram

-

Shah Alam: Semua EXCO kerajaan negeri yang memegang portfolio alam sekitar, diarahkan mengetuai sendiri operasi bersepadu memantau keadaan sungai dan kilang haram di negeri masing-masing.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin, berkata usaha menjaga alam sekitar tidak seharusnya diletakkan di bahu beliau semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama EXCO di peringkat negeri.

“Semalam saya adakan mesyuarat dengan EXCO kerajaan negeri berkaitan. Saya katakan kepada mereka adalah mustahil untuk saya turun di semua negeri bagi mengetuai operasi bersepadu ini.

“Jadi saya akan turunkan kuasa sebagai menteri kepada EXCO berkaitan untuk menjalanka­n operasi bersepadu. Selain itu, agensi Kerajaan Persekutua­n juga akan memberi sokongan kepada EXCO dalam setiap operasi yang dijalankan.

“Dalam mesyuarat ini juga, kita bentangkan kertas kerja dan berkongsi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika menjalanka­n operasi bersepadu,” katanya selepas melancarka­n Minggu Sains Negara peringkat Selangor di Perpustaka­an Awam Selangor di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Bee Yin berkata, EXCO kerajaan negeri yang memegang portfolio alam sekitar perlu menyahut cabaran ini dalam usaha memulihara sungai yang tercemar dan menambah baik kelestaria­n alam sekitar.

“Kita perlu melihat ke depan dan bersama-sama berusaha menjaga sungai dan alam sekitar. Ini adalah komitmen kementeria­n saya dan kerajaan,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier Jayakumar, turut menggesa semua kerajaan negeri mengambil serius isu pencemaran sungai, atau negara bakal berdepan kekurangan sumber air bersih ketika menghadapi musim kemarau.

 ?? [Foto BERNAMA] ?? Bee Yin bersama pemenang pertanding­an selepas merasmikan Karnival Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Selangor 2019 di Shah Alam, semalam.
[Foto BERNAMA] Bee Yin bersama pemenang pertanding­an selepas merasmikan Karnival Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Selangor 2019 di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia