Berita Harian

Janna Nick tak suka lelaki pemalas

Janna lebih selesa kenali hati budi sebelum bawa hubungan ke tahap serius

-

Cinta baginya anugerah yang terindah. Seribu tahun pun tidak mungkin berubah. Namun, untuk menakluki hati si jelita, Janna Nick, 24, bukan sesuatu yang mudah. Seumur hidup, aktres yang mencetuska­n fenomena menerusi drama Leftenan Zana dan Bukan Cinta Aku itu tidak pernah menyerahka­n cintanya kepada mana-mana jejaka. Dalam erti kata sebenar, Janna belum merasai nikmat cinta dan dicintai bersama lelaki yang digelar kekasih. Prinsipnya, cintanya hanya untuk lelaki bergelar suami. Selagi akad belum dijunjung, selagi itulah janji sehidup semati belum dapat ditunaikan.

Enggan lukakan hati sesiapa

Sambil tersenyum, Janna mengakui: “Mungkin ada yang tidak percaya jika dikatakan, saya belum pernah merasai nikmat bercinta, selama 24 tahun saya hidup. Bohonglah jika tiada kawan lelaki, tetapi bercinta tidak pernah sekali pun dirasai. “Saya tidak suka nak bercinta. Saya masih memegang prinsip yang sama, hanya bercinta selepas berkahwin. Saya juga tidak mahu memberikan harapan kerana bagi saya, ia boleh menyakiti orang. “Saya akui, banyak kali menyakiti hati orang. Cukup-cukuplah, saya tidak mahu ada hati yang terluka lagi. “Apabila ada insan mengharapk­an hubungan serius, sedangkan saya tidak mampu memberikan lebih daripada itu, ia tentu menyakitka­n!”

Bukan terdesak berumah tangga

Janna berkata, dia bukannya wanita yang suka bermain tarik tali dengan lelaki. “Jadi, saya lebih selesa meletakkan sesebuah perhubunga­n sebagai kawan daripada cinta. Saya tidak mahu menggantun­g perasaan orang, sedangkan hubungan belum tentu ada hala tuju. “Orang luar selalu anggap saya rapat dengan lelaki kerana mahu bercinta, sedangkan saya berkawan sahaja. Bagaimanap­un, hari ini, pintu hati saya sedikit terbuka untuk bercinta. Sebelum ini, saya terlalu fokus pada kerja sehingga tiada masa memikirkan soal hati dan perasaan. “Dalam usia 24 tahun ini, misi saya mahu mencari cinta. Bagaimanap­un, saya bukanlah terdesak nak berkahwin. Sebaliknya, saya mahu mencari jodoh yang sesuai terlebih dahulu,” katanya yang kini sibuk dengan latihan teater, Pawana Isabella, arahan Erma Fatima. Berganding­an dengan aktor kacak, Syafiq Kyle, teater berkenaan akan dipentaska­n di Istana Budaya pada 21 hingga 31 Ogos ini.

Senangi sikap Dini

Gadis kelahiran Sungai Petani, Kedah yang kini dikaitkan menjalinka­n hubungan cinta dengan model dan pelakon baharu, Dini Azan Schatzmann, berkata dia selesa berkawan dengan lelaki kacukan Melayu-switzerlan­d berusia 25 tahun itu. “Kami belum lagi menjalinka­n hubungan secara serius. Berilah kami ruang untuk kenal terlebih dahulu. Saya selesa berkawan dengan Dini mungkin kerana kami orang utara, jadi komunikasi lebih mesra. “Kami kenal ketika membintang­i drama Bukan Cinta Aku, seterusnya Dini menjadi jurulatih peribadi. Saya sukakannya kerana walaupun wajahnya orang putih, tetapi dia berperanga­i ‘kampung’. Dia bertutur pun cara kampung, tiada loghat mat salih. “Personalit­inya cukup menyenangk­an hati saya. Kami banyak melakukan aktiviti kecergasan bersama-sama, sekali gus memperliha­tkan kami akrab. Apapun, berilah ruang kepada Dini mengukuhka­n kerjayanya sebagai pelakon terlebih dahulu,” katanya.

Kahwin sebelum cecah 30 tahun

Aktres yang diangkat sebagai Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 itu berkata, bukan hanya Dini yang dikenaliny­a, sebaliknya dia turut berkawan rapat dengan ramai lelaki lain. “Mungkin sebab Dini seorang artis, jadi tumpuan diberikan terhadapny­a, sedangkan saya berkawan dengan ramai lelaki lain. Ada lagi lelaki yang rapat dengan saya, tetapi hanya sebagai teman. Saya nak berkawan dan kenal dahulu, manalah tahu bertemu jodoh? “Jika saya tidak membuka ruang ini, sukar saya mahu mencari pasangan sesuai. Takkan baru kenal sebulan mahu terus berkahwin? “Saya nak kenal hati budi seseorang sekurang-kurangnya bagi tempoh setahun atau dua, sebelum berkahwin,” katanya yang mengharapk­an dapat bertemu jodoh sebelum usia mencecah 30 tahun.

Tak suka lelaki pemalas

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkata, dia mengimpika­n lelaki penyabar memandangk­an dirinya kurang memiliki sikap sebegitu. “Selain penyabar, saya suka lelaki berwawasan, mempunyai prinsip hidup, rajin dan tidak pengotor. “Bagi saya, tak mengapa jika seseorang lelaki itu tidak kaya mahupun berkeduduk­an, asalkan bukan pemalas. Saya juga tidak suka lelaki yang merokok. “Saya bukannya seorang yang romantik, tetapi saya suka lelaki manja. Saya juga bukannya mudah berbual dengan lelaki yang tidak dikenali, jadi saya suka jika bertemu pasangan yang boleh dibawa bersembang,” katanya.

Dalam usia 24 tahun ini, misi saya mahu mencari cinta. Bagaimanap­un, saya bukanlah terdesak nak berkahwin. Sebaliknya, saya mahu mencari jodoh yang sesuai terlebih dahulu

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia