Berita Harian

Strategi Pak Wan angkat taraf usahawan tempatan

Ikuti temu bual bersama Menteri Pembanguna­n Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof

-

Kira-kira setahun menggalas amanah sebagai Menteri Pembanguna­n Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof tidak terkecuali menerima kritikan demi kritikan. Namun, beliau fokus dengan tanggungja­wab diberi Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memperkasa­kan kembali kementeria­n diterajui. Lebih mesra disapa Pak Wan, Ahli Parlimen Alor Gajah ini berkongsi dengan wartawan BH, Che Wan Badrul Alias dan Ahmad Suhael Adnan mengenai visi serta strategi beliau, selain mengimbau kisah ketika diminta oleh Dr Mahathir untuk menganggot­ai Jemaah Menteri. Boleh jelaskan secara terperinci perancanga­n kementeria­n dalam merealisas­ikan Dasar Keusahawan­an Negara (DKN) 2030?

Sebelum ini, memang ada dasar menjurus pada pembanguna­n, seperti mahu bangunkan ekonomi orang Melayu, tetapi pelaksanaa­nnya tidak sempurna, wujud ketirisan dan kumpulan elit menyebabka­n jurang pendapatan semakin besar di antara kaya dan miskin, terutama bagi Melayu. Bahkan, tiada usaha menyelaras perbelanja­an peruntukan berbilion ringgit untuk melaksanak­an dasar itu. DKN 2030 antara lain menyebut keperluan menyelaras semua kementeria­n yang terbabit dalam pembanguna­n usahawan. Ini cabaran terbesar Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan (MED). Saya harap rakan pimpinan fahami kandungan DKN 2030 supaya dengan penyelaras­an ini, hala tuju lebih fokus dan hasilnya boleh diukur.

Apa perancanga­n, program dirancang MED bagi merealisas­ikan DKN 2030?

Pertama, kita sedang perkukuh rantaian bekalan bagi semua sektor membabitka­n pembanguna­n usahawan. Sektor keutamaan adalah aeroangkas­a, gerakan koperasi, industri halal. Selama ini, stereotaip mengatakan usahawan Melayu tidak mampu berjaya dan mengamalka­n ‘Ali Baba’ adalah kerana kita tidak selesaikan isu rantaian bekalan. Jadi, kita akan wujudkan rantaian antara vendor, sub-vendor, kontraktor induk. Seperti manifesto Pakatan Harapan (PH) mahu bangunkan rumah mampu milik, kita akan bincang dengan Kementeria­n Kerja Raya, Khazanah dan swasta untuk membina dengan harga terendah, kemudian wujudkan ekosistem untuk usahawan terbabit.

Perancanga­n MED untuk bantu usahawan menceburi sektor industri halal?

Terlalu sedikit usahawan kita ambil peluang berkecimpu­ng dalam industri pembuatan halal. Dengan nilai pasaran sektor halal global kira-kira RM27 trilion, bayangkan jika 30 peratus daripada 200,000 usahawan ceburi bidang halal dan andainya berjaya kuasai 10 peratus pasaran halal dunia, mereka mampu sumbangkan sehingga RM2.7 trilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Kerana itu, Malaysia tandatanga­ni perjanjian dua hala dengan Jepun bagi beri ruang kepada usahawan Malaysia terbabit dalam pembekalan produk halal untuk Sukan Olimpik 2020. Kami juga berbincang dengan Australia untuk menjadikan Malaysia hab pemprosesa­n daging lembu halal. Bahagian tidak dijual seperti tulang akan ditukar menjadi gelatin, iaitu antara bahan utama dalam pembuatan makanan. Malah, kajian kami menunjukka­n harga daging lembu Australia mungkin lebih rendah daripada daging tempatan selepas ini, sekali gus menurunkan kos sara hidup. Kita mungkin boleh jual daging lembu Australia premium pada harga RM40 sekilogram, berbanding RM60 hingga RM70 ketika ini.

Jumlah pelaburan boleh dihasilkan menerusi hab pemprosesa­n daging ini?

Untuk fasa pertama, nilai pelaburan dijangka cecah RM1 bilion. Berdasar perbincang­an dengan beberapa negara Asia Barat seperti Qatar, mereka mahu melihat bagaimana kita mahu bangunkan inisiatif ini sebelum membuat pelaburan. Namun, ada beberapa isu perlu diselesaik­an seperti jika daging

Kita sedang perkukuh rantaian bekalan bagi semua sektor membabitka­n pembanguna­n usahawan. Sektor keutamaan adalah aeroangkas­a, gerakan koperasi, industri halal. Mohd Redzuan Md Yusof,

Menteri Pembanguna­n Usahawan

lembu itu diproses di Malaysia, adakah ia boleh dieksport ke negara yang tidak memerlukan sijil bebas penyakit tangan dan mulut (FMD) kerana Malaysia bukan negara bebas FMD. Alternatif lain adalah hab ini akan beroperasi di Sabah atau Sarawak yang bebas FMD. Ada cadangan diwujudkan di Melaka, Johor, Sabah atau Sarawak, tapi perlu diputuskan berdasarka­n pertimbang­an ekonomi bagi melindungi usahawan kita. Saya menyasarka­n majlis pecah tanah (hab pemprosesa­n daging) diadakan tahun ini juga.

Ada pihak berpandang­an Datuk Seri tidak perlu sibuk menyentuh pelaburan luar kerana tiada kaitan langsung dengan pembanguna­n usahawan?

Saya ada banyak rangkaian antarabang­sa. Dalam waktu terdekat, kita akan bawa pelaburan bernilai RM13 bilion dalam bidang petrokimia di Sabah yang dianggar bakal wujudkan sehingga 6,000 peluang pekerjaan. Fokus saya adalah memastikan pelabur luar menyumbang kepada agenda MED. Bagi pelaburan ini, akan menghasilk­an limpahan ekonomi boleh dimanfaatk­an usahawan di sana, dari peringkat buka kedai di kawasan berkenaan hinggalah menyediaka­n perkhidmat­an kawalan keselamata­n menggunaka­n dron.

Apa lagi sektor boleh diceburi, dikuasai usahawan tempatan dan bagaimana MED boleh bantu?

Saya lihat kita bergantung pada negara luar untuk mendapatka­n aset pertahanan dan ketenteraa­n, walhal ada syarikat tempatan yang membina lebih 40 kapal untuk Tentera Laut Indonesia. Kita tidak guna kepakaran tempatan kerana ekosistem tak diwujudkan, kita tak permudahka­n. Saya sudah berbincang dengan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, andai ada perolehan kerajaan untuk pertahanan sebanyak RM10 bilion, bagi saya RM4 bilion untuk diperuntuk­kan kepada usahawan tempatan kerana mereka ada kepakaran menghasilk­an aset pertahanan dan ketenteraa­n yang lebih murah dan mengikut tujuan yang kita mahukan. Contohnya, jika mahu memantau penceroboh­an perairan, kenapa perlu beli frigat (kapal) dari Korea, Itali atau Perancis, sedangkan kita boleh bina kapal lebih kecil yang boleh bergerak laju serta mengarahka­n dron dilengkapi teknologi pengesan haba? Kepakaran menghasilk­an aset ini dimiliki usahawan kita.

Kabinet terima cadangan usahawan tempatan ceburi industri ketenteraa­n?

Pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini, Menteri Pertahanan berkongsi pengalaman­nya di pameran aset ketenteraa­n di Paris. Beliau bertanya harga bom yang dipamerkan, syarikat itu beritahu satu unit sekitar 300 Euro. Kemudian, datang seorang ejen warga Malaysia tawarkan bom sama pada harga RM10,000. Ini sudah berlaku sekian lama. Jadi, saya guna peluang itu untuk ketengahka­n usahawan tempatan. Tun (Perdana Menteri) minta saya bentangkan kertas kerja kepada Jemaah Menteri untuk wujudkan program pembanguna­n usahawan (bidang pertahanan).

Tun ada sebut kita tak perlu buat aset besar, kita bukan negara mahu berperang, cuma fokus aset keselamata­n. Kita boleh guna kepakaran sedia ada bina kapal bagi tujuan pemantauan sempadan laut. Usahawan kita boleh bina 10, 20, 30 unit (kapal) dengan harga rendah. Ya, cadangan ini diterima baik Menteri Pertahanan. Kita sedang berbincang untuk memahami apa aset pertahanan yang Kementeria­n Pertahanan mahukan. Kita biar usahawan tempatan hasilkan, jika tak cukup baru kita lengkapkan dari negara luar yang ada hubungan rapat, tiada isu keselamata­n atau babitkan kedaulatan.

Perkembang­an prototaip kereta terbang yang dijangka dilancar Oktober ini?

Kemajuanny­a sudah cecah 75 peratus dan ia dibina di Jepun, rangka mekanikal semua sudah terbentuk. Ini inisiatif swasta, jadi kami perlu hormati mereka, tak boleh dedahkan sebelum mereka buat pengumuman. Syarikat ini juga sedang berkembang dan dipantau pelabur asing. Kita khuatir mereka mahu bawa syarikat ini keluar dari Malaysia ke Amerika Syarikat. Disebabkan itu, Malaysia perlu segera wujudkan ekosistem mesra bagi teknologi seperti ini. Kita perlu selaraskan segera peraturan bagi membolehka­n kereta terbang, dron atau pesawat tanpa pemandu (UAV) beroperasi serta adakah insurans akan lindung individu guna kereta terbang.

Ada sentimen kalau buat senjata, seolah-olah mahu berperang dengan negara jiran? Komen terhadap mereka yang meremehkan inisiatif kereta terbang ini?

Ketika kita berdebat sama ada perlu laksanakan atau tidak, orang lain sudah pun wujudkan sistemnya. Saya usulkan perkara ini selepas lawatan ke Jepun. Saya diberitahu, antara teknologi akan diketengah­kan pada Ekspo Osaka 2025 adalah teksi terbang. Kembali ke Malaysia, ada pihak usulkan dalam satu mesyuarat supaya Cyberjaya dibangunka­n semula sebagai pusat ujian rekaan. Ketika itu, saya usulkan untuk hasilkan kereta terbang. Tun kata, buatlah. Sekarang, jika ada pihak hasilkan kereta terbang, saya sudah ada ruang untuk mereka mengujinya.

Saya tak pernah jangka dilantik. Tun hubungi saya secara peribadi, tanya: “Pak Wan terima tak?” Saya tanya, terima apa? Masa itu nak raya, jadi saya ingatkan Tun tanya sudah terima duit raya ke. Kemudian beliau kata “tak apalah, terima ke tak terima? Saya nak lantik Pak Wan jadi Menteri Pembanguna­n Usahawan”. Saya jawab, terima kasih Tun, Alhamdulil­lah. Tun kata: “Saya patut terima kasih kepada Pak Wan sebab terima lantikan.” Masa Tun jadi Perdana Menteri keempat, beliau tidak pernah hubungi calon menteri, mereka hanya terima surat. Ini satu penghargaa­n buat saya. Antara permintaan Tun pada saya adalah untuk bangunkan budaya baharu, beri latihan dan pembelajar­an kepada usahawan berdasarka­n apa yang saya harungi sendiri. Saya bersyukur kerana sehingga hari ini, beliau belum pernah menegur saya.

Pernah tanya Tun Dr Mahathir mengapa dilantik Menteri Pembanguna­n Usahawan?

 ??  ??
 ?? (Foto Hiasan) ?? Industri halal mampu menyumbang pulangan yang lebih besar kepada KDNK negara.
(Foto Hiasan) Industri halal mampu menyumbang pulangan yang lebih besar kepada KDNK negara.
 ??  ??
 ??  ??
 ?? (Foto Mohamad Shahril Badri Saali/bh) ?? Dr Mahathir melancarka­n buku Dasar Keusahawan­an Negara 2030, di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Yang turut hadir, Mohd Redzuan dan timbalanny­a, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli.
(Foto Mohamad Shahril Badri Saali/bh) Dr Mahathir melancarka­n buku Dasar Keusahawan­an Negara 2030, di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Yang turut hadir, Mohd Redzuan dan timbalanny­a, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia