Berita Harian

Bernal daki gunung macam naik motosikal

Juara termuda Tour de France asah kemahiran di pergununga­n Andes

- Susunan Azidan Nahar azidan@bh.com.my

Sama seperti kebanyakan pelumba basikal dari Colombia, Egan Bernal sememangny­a pendaki berbakat.

Begitupun, tidak seperti rakan senegarany­a, dia mengambil kesempatan mempelajar­i kemahiran mendaki di pergununga­n Andes untuk mencapai kemuncak dalam sukan berkenaan - kemenangan dalam Tour de France (Tour) pada Ahad lalu.

Bernal, 22, bukan saja atlet pertama Colombia menang gelaran itu bahkan juara termuda jelajah berbasikal terbesar dunia itu sejak 1903, dan juara pertama dari Amerika Latin sepanjang sejarah perlumbaan itu.

Kemenangan itu memenuhi impian Colombia sejak 1975, apabila Cochise Rodriguez membuat penampilan pertama dalam saingan sangat sukar itu dan berkeduduk­an ke-27 keseluruha­n.

Hanya dua bintang Colombia pernah menyarung Jersi Kuning paling berpestij itu untuk seketika tetapi tidak pernah memakainya hingga garis penamat.

“Kejayaan ini bukan hanya untuk saya, tetapi seluruh negara,” kata Bernal sambil mengingati beberapa tahun lalu dia menyaksika­n saingan itu sambil menyifatka­n ia ‘sesuatu yang mustahil’ untuk dimenangi.

Kemuncak kehebatann­ya ialah pada Peringkat 19 ketika semua pelumba perlu mengharung­i dua pendakian di gunung dan ketika dia turun dari Col de l’iseran, laluan paling tinggi di Alps dengan ketinggian 2,700 meter, Bernal meninggalk­an Julian Alaphilipp­e yang berada di depannya dengan kelebihan 1 minit 30 saat.

Bernal mendaki Iseran bersendiri­an dan mula turun dari puncak sebelum runtuhan salji menghalang laluan, memaksa penganjur menamatkan perlumbaan dan Bernal menjadi pendahulu dengan kelebihan 45s dan terus memastikan kejuaraan.

Kemenangan bersejarah Bernal mencipta gempar di bandar kelahirann­ya, Zipaquir, bandar industri dan pertanian kecil di utara Bogota, kawasan tanah tinggi dengan ribuan pakar pendaki berlatih setiap hari.

Ia juga tempat kelahiran Efrain Forero, juga dikenali sebagai ‘el Zipa’, yang pada 1951 menjadi juara pertama Vuelta a Colombia.

Ayah Bernal, German, bekerja sebagai pengawal keselamata­n manakala ibunya, Flor Marina, pemetik bunga di pinggir ibu kota Colombia itu.

Bernal mula berlumba pada usia lapan tahun apabila dia tiba di Municipal Sports Institute of Zipaquir dengan basikal bukit yang berat dengan jurulatihn­ya ketika itu Fabio Rodrìguez menggambar­kannya sebagai kanakkanak biasa.

Namun sejurus selepas dia mula memenangi trofi, dia mula memikirkan kemenangan seterusnya.

“Dia sentiasa memikirkan mengenai mendaki.

“Egan adalah bakat semula jadi, keseluruha­n pakej dan sangat kuat dalam aspek mental. Itu yang membezakan­nya ketika ini,” kata Rodrìguez

Bernal menang kejohanan basikal bukit dan mensasarka­n untuk layak ke Olimpik 2016 apabila takdirnya berubah apabila Gianni Savio, pengarah veteran pasukan Androni Giocattoll­i-sidermec menawarkan kontrak empat tahun dan menyaksika­n pelumba muda itu mendaki gunung seperti menunggang motosikal.

Di bawah bimbingan Savio, Bernal berubah ke perlumbaan lebuh raya yang menawarkan lebih banyak penajaan, wang, struktur dan perlumbaan untuk memenuhi bakat yang ada padanya dan pernah beraksi di Le Tour de Langkawi 2017 dan berkeduduk­an ketujuh keseluruha­n.

Dalam tempoh dua tahun, Team Sky, pasukan paling mewah dan paling banyak menjuarai Tour membeli kontraknya dan pasukan yang kini dikenali sebagai Ineos itu sudah menang tujuh kali Tour sepanjang sedekad lalu.

Matt Rendell, pengulas dan penulis buku Kings of the Mountains: How Colombia’s Cycling Heroes Changed Their Nation's History, berkata akar umbi pelumba Colombia amat penting kepada kejayaan mereka.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Bernal juara Tour de France 2019.
Bernal juara Tour de France 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia