Berita Harian

Rugi ‘Scam’ RM2B setahun

Kes bukti ada kebocoran maklumat peribadi pengguna

- Oleh Faris Fuad faris.fuad@bh.com.my

Purata RM2 bilion setahun nilai kerugian akibat penipuan jenayah komersial menerusi panggilan telefon atau laman sosial membabitka­n tawaran pinjaman tidak wujud, skim pelaburan dari dalam dan luar negara, penipuan dalam talian atau e-dagang serta sindiket ‘Macau scam’ dan ‘love scam’.

Kuala Lumpur: Kira-kira RM2 bilion setahun nilai kerugian direkodkan akibat penipuan jenayah komersial menerusi panggilan telefon atau laman sosial di negara ini sejak 2015.

Statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menunjukka­n purata kerugian itu direkodkan setiap tahun sejak 2015 sehingga 2018.

Jenayah komersial paling popular adalah tawaran pinjaman tidak wujud, skim pelaburan dari dalam dan luar negara, penipuan dalam talian atau e-dagang serta sindiket Macau scam dan love scam.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad yang mengakui beliau sendiri nyaris menjadi mangsa penipuan, berkata kes berkenaan menunjukka­n ada unsur kebocoran maklumat peribadi.

“Saya sendiri pernah dihubungi individu mendakwa dari sebuah bank, malah dia boleh pula menyebut jenis kad kredit yang saya gunakan. Ini menunjukka­n berlaku kebocoran maklumat peribadi pengguna.

“Polis sedang siasat perkara ini dan berharap pihak tertentu seperti bank juga ambil peranan menyimpan maklumat peribadi pelanggan bagi mengelak kebocoran,” katanya pada sidang media selepas Seminar Trend Terkini Jenayah Komersial, di sini semalam.

Bagi tempoh Januari hingga Jun lalu, katanya, nilai kerugian akibat jenayah komersial mencecah RM250 juta dengan 5,069 kes dilaporkan kepada polis yang turut memberkas 1,973 individu terbabit dalam jenayah itu.

Beliau berkata, tiga jenis jenayah komersial paling popular ketika ini ialah penipuan telekomuni­kasi menerusi panggilan telefon termasuk Macau Scam, pembelian dalam talian atau e-dagang serta love scam didalangi warga Afrika.

“Tiga jenis penipuan itu adalah trend dan modus operandi baharu. Contohnya, penipuan menerusi telekomuni­kasi menunjukka­n ada kebocoran maklumat peribadi pengguna.

“Ini kerana suspek mempunyai maklumat berkenaan ketika membuat panggilan palsu. Bagi e-dagang pula, pengguna perlu lebih berhati-hati membeli barang dalam talian seperti Facebook.

“Amalkan kaedah bayar secara tunai ketika menerima barang atau COD untuk mengelak ditipu. Selain itu, jangan mudah terjerat dengan love scam,” katanya.

Katanya, penjenayah ‘love scam’ selalunya mendakwa berasal dari luar negara dan mengumpan kononnya akan menghantar bungkusan hadiah sebelum mendakwa barangan itu berdepan masalah pelepasan kastam.

“Mereka kemudian memaklumka­n mangsa perlu membayar jumlah tertentu, kononnya sebagai wang pemprosesa­n untuk melepasi pihak kastam,” katanya.

Mohd Zakaria berkata, jenayah komersial yang semakin membimbang­kan secara tidak langsung boleh memberi kesan kepada ekonomi negara kerana ia mampu menjejaska­n keyakinan pelabur.

“Mungkin ada pihak luar kurang yakin membuat pelaburan di negara kita selepas melihat statistik berkenaan, melihat kelemahan dalam sistem kerana aliran keluar masuk wang dengan mudah,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Mohd Zakaria Ahmad
Mohd Zakaria Ahmad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia