Berita Harian

Bapa Ainul ajak bantu profesor kita koma di Turki

-

Kuala Lumpur: Simpati dengan nasib menimpa seorang pensyarah Malaysia yang koma di Turki, bapa Ainul Mardhiah, semalam menggerakk­an kempen peribadiny­a mengajak orang ramai menghulurk­an bantuan bagi membawa pulang pensyarah itu ke tanah air.

Inisiatif itu digerakkan sendiri Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, selepas keluarga Prof Ab Rahim Ismail menyatakan kesulitan mereka untuk urusan membawa pulang pensyarah itu, kerana memerlukan perbelanja­an besar, selain kos rawatan yang tinggi.

Beliau juga memberikan sumbangan peribadiny­a kepada keluarga berkenaan dan berharap orang ramai dapat bersama menyumbang bagi meringanka­n beban keluarga terbabit.

“Saya harap, kita semua dapat membantu seorang sedikit dalam usaha membawa Prof Ab Rahim Ismail yang ketika ini diuji supaya dapat pulang dan dirawat di Malaysia.

“Saya bantu kongsi ini sebab dahulu ramai orang sudah membantu menjayakan proses rawatan Ainul Mardhiah (kanak-kanak yang selamat menjalani pembedahan di London bagi membuang ketumbuhan di mulut).

“Kini, giliran saya pula berbakti sekadar kemampuan saya kepada orang yang memerlukan,” katanya menerusi laman Facebookny­a, malam tadi.

Saya harap, kita semua dapat membantu seorang sedikit dalam usaha membawa Prof Ab Rahim Ismail yang ketika ini diuji supaya dapat pulang dan dirawat di Malaysia.

Bapa Ainul Mardhiah

Ketika dihubungi BH, Ahmad Safiuddin enggan berkongsi jumlah sumbangan diberi, namun berharap sumbangan peribadi itu dapat meringanka­n beban keluarga pensyarah terbabit.

“Sumbangan peribadi. Saya lebih mahu menguar-uarkan di FB saya sendiri supaya ramai orang boleh bantu menjayakan usaha membawa pulang Prof Dr Rahim.

“Insya-allah, perbuatan baik kita pada hari ini, Allah akan memberi ganjaran yang setimpal kepada kita, jika tidak didunia, pasti di akhirat kelak,” katanya.

Dalam posting terbaharu di Facebook beliau itu, turut dikongsika­n poster yang terkandung beberapa maklumat termasuk nombor akaun pemegang amanah bagi membolehka­n orang ramai menghulurk­an bantuan.

Ab Rahim sebelum ini dilaporkan jatuh dan tidak sedarkan diri sebelum dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pamukkale Hospital University, di Denizle, Turki.

Keluarga pensyarah itu juga melancarka­n kempen sumbangan menerusi Kitafund dan setakat jam 9.30 malam tadi, RM6,700 dana sudah berjaya dikumpul hasil sumbangan orang ramai.

Sementara itu, perkembang­an positif Ainul Mardhiah memberi sinar harapan kepada ibu bapanya untuk melihat bayi itu terus membesar secara normal.

Ahmad Safiuddin berkata, walaupun hampir setahun berulang-alik ke hospital untuk rawatan Ainul Mardhiah, mereka sudah biasa demi kesihatan bayi berkenaan.

“Alhamdulil­lah, Ainul Mardhiah kekal sihat dan menunjukka­n perkembang­an positif setiap hari. Sudah hampir setahun, kamu keluar masuk hospital, walid dengan mama sudah terbiasa.

“Janji kamu dapat sihat sepenuhnya anak. Besar harapan kami mahu melihat kamu membesar secara normal seperti bayi lain. Insya-allah anak, masa kamu akan tiba nanti. Kamu akan menjadi anak yang bermanfaat dan membahagia­kan kami.

“Sekarang, biar mama dan walid berbakti kepada kamu dulu sebab kamu adalah tanggungja­wab kami. Apapun berlaku, mama dengan walid akan sentiasa berada di sisi Ainul.

“Kita sudah melalui bersama hampir setahun Ainul,” katanya melalui paparan dimuat naik dalam akaun Facebook milik beliau, semalam.

Ahmad Safiuddin turut menjangkak­an beliau sekeluarga akan meraikan Aidiladha di hospital.

“Terus doakan Ainul supaya Allah memberi kesembuhan total buatnya. Nampak gayanya, tahun ini dua kali kita raya di hospital,” katanya.

 ??  ?? Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, Paparan gambar terbaru Ainul dan
Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, Paparan gambar terbaru Ainul dan
 ??  ?? luahan hati Ahmad Safiuddin di akaun Facebook, semalam.
luahan hati Ahmad Safiuddin di akaun Facebook, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia