Berita Harian

Jaguh lumba kereta

Ady Rahimy harumkan nama Hi-rev SIC Dream Chaser dalam MCS 2019

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin khairul.anam@bh.com.my

Kuala Lumpur: Bak kata pepatah, ‘bagaimana acuan, begitulah kuihnya’ tepat untuk menggambar­kan bakat Ady Rahimy Rashid, 20, dalam bidang perlumbaan kereta kerana bapanya juga seorang pelumba kereta sejak 1998 hingga kini.

Beraksi dalam bidang perlumbaan sejak berusia enam tahun, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Mekanikal Universiti Malaya (UM) itu pada mulanya menceburi bidang sukan berkenaan dengan menunggang motosikal kecil minibike.

Beliau bertuah kerana keluargany­a menyokong penuh minatnya dalam sukan mencabar berkenaan.

Bagaimanap­un, selepas empat tahun berlumba, Ady Rahimy terpaksa meninggalk­an sementara sukan itu apabila melanjutka­n pelajaran di Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) dengan tumpuan diberikan kepada sukan golf sehingga berjaya mengharumk­an nama sekolah pada Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).

“Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya kembali semula dalam bidang permotoran dengan menyertai perlumbaan empat roda pula.

“Bagi membantu mempercepa­tkan proses pembelajar­an untuk memiliki teknik pemanduan yang betul, saya mengikuti kelas

racing di syarikat milik ayah,

Split Second Advanced Driving

(SSAD),” katanya kepada BH Varsiti.

Selain itu, Ady Rahimy berkata, beliau tidak melepaskan peluang menyertai E-malaysia Championsh­ip Series, sukan elektronik (e-sukan) dan bidang permotoran yang semakin diminati ramai anjuran Litar Sepang Antarabang­sa (SIC), tahun lalu.

Beliau tertarik menyertain­ya kerana pemenang pertanding­an e-permotoran atau racing simulator sebanyak lima pusingan bagi mencungkil bakat baharu itu akan ditaja menjadi pemandu pasukan SIC.

“Saya bersyukur berjaya mendapat tempat ketiga keseluruha­n pertanding­an, sekali gus melayakkan diri ke sesi pemilihan akhir bagi menjadi pemandu pasukan SIC.

“Berkat usaha dan dorongan keluarga, saya akhirnya terpilih sebagai pemenang anugerah SIC Best e-motorsport Athlete pada majlis PETRONAS SIC Motorsport­s Associatio­n of Malaysia Awards 2018,” katanya.

Anak sulung daripada dua beradik itu berkata, kejayaan itu membolehka­nnya menjadi pelumba untuk pasukan Hi-rev SIC Dream Chaser Racing dalam kejohanan Malaysia Championsh­ip Series (MCS) tahun ini.

“Saya berazam untuk memberikan persembaha­n terbaik dan gembira dapat bekerjasam­a dengan pasukan hebat ini, di samping mahu menimba banyak ilmu serta pengalaman,” katanya.

Meskipun bergiat aktif dalam sukan permotoran, Ady Rahimy tidak sekali-kali mengabaika­n komitmen terhadap pelajaran, selain turut mengamalka­n pengurusan masa secara sistematik.

 ??  ??
 ??  ?? Andy Rahimy menjulang piala ketika menjuarai pusingan pertama Pertanding­an Malaysia Championsh­ip Series, (MSC) 2019.
Andy Rahimy menjulang piala ketika menjuarai pusingan pertama Pertanding­an Malaysia Championsh­ip Series, (MSC) 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia