Berita Harian

Pembinaan surau TSW tidak dibantah

-

Melaka: Cadangan pembinaan sebuah surau di Taman Sutera Wangi (TSW) Fasa II, Batu Berendam, di sini, tidak dibantah penduduk setempat.

Sebaliknya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee, berkata, pertemuan bersama kira-kira 50 penduduk di Kompleks Jawatankua­sa dan Penyelaras­an Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Air Keroh malam kelmarin, membangkit­kan tiga isu membabitka­n kepentinga­n serta keharmonia­n di taman perumahan berkenaan.

Dalam pertemuan itu, katanya, isu dibangkitk­an penduduk termasuk isu pelan asal pembanguna­n taman berhubung pembinaan surau, status nilai tanah pajakan selama 99 tahun di taman perumahan itu dan permohonan sebuah balai raya.

“Justeru, tidak timbul penduduk membantah cadangan pembinaan surau baharu di TSW Fasa II. Mereka hanya berpanduka­n pelan asal pemaju sebagaiman­a sebuah surau sedia ada di TSW Fasa I.

“Tidak timbul penduduk bantah, malah penduduk Islam dan bukan Islam sependapat mencari tapak baharu selepas tapak yang dicadangka­n di peringkat awal didakwa tidak sesuai untuk keperluan komuniti Muslim,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Chee Yee yang juga EXCO Komunikasi, Multimedia, Pembanguna­n Belia dan Sukan negeri mengulas penyebaran beberapa keping gambar dan keterangan maklumat berbaur provokasi di media sosial mengenai mesyuarat di JAPERUN Air Keroh, malam tadi yang didakwa mengenai bantahan penduduk susulan cadangan pembinaan surau di TSW Fasa II.

Mengenai pertemuan yang turut disertai Majlis Perbandara­n Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Pejabat Tanah negeri itu, beliau berkata, Pejabat Tanah diarah meneliti status permohonan tapak surau baharu yang dicadangka­n, selain akan memantau perkembang­an pembinaan surau baharu bagi keperluan penduduk.

“Berhubung isu pajakan selama 99 tahun, penduduk (TSW) Fasa II mendakwa dijanjikan pemaju untuk memperbaha­rui tempoh pajakan yang kini tinggal kira-kira 80 tahun, sedangkan mereka belum sampai 10 tahun menetap di situ,” katanya.

 ?? [Foto Ihsan Pembaca] ?? Chee Yee (berdiri tengah) bertemu dengan wakil penduduk Taman Sutera Wangi.
[Foto Ihsan Pembaca] Chee Yee (berdiri tengah) bertemu dengan wakil penduduk Taman Sutera Wangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia