Berita Harian

Penduduk Pulau Ketam terjejas

1,500 pelanggan TNB tiada elektrik 12 jam

- Oleh Syalikha Sazili syalikha@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kira-kira 1,500 pelanggan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pulau Ketam dan Sungai Lima di Pelabuhan Klang akan menghadapi gangguan bekalan elektrik selama 12 jam, 14 Ogos ini, susulan pelaksanaa­n kerja penyelengg­araan di pencawang utamanya di situ.

Pencawang utama di Pelabuhan Klang akan menghentik­an tugas membekal elektrik mulai jam 7 pagi hingga 7 malam hari berkenaan.

Sepanjang tempoh itu, lima generator mudah alih ditempatka­n di pulau terbabit untuk memberi bekalan sementara kepada pihak yang amat memerlukan seperti klinik desa dan premis dengan pesakit memerlukan sokongan alat bantuan oksigen.

TNB dalam kenyataan dikeluarka­n, semalam, berkata kerja penyelengg­araan dilakukan pihaknya itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan menyediaka­n bekalan elektrik yang selamat dan berkualiti.

“Kerja penyelengg­araan akan dijalankan adalah inisiatif mencegah gangguan bekalan demi memenuhi keperluan kepesatan pembanguna­n, pertumbuha­n dan kepadatan penduduk yang kian meningkat di Pelabuhan Klang.

“Henti tugas sementara pencawang utama itu akan menyebabka­n bekalan elektrik dihentikan selama 12 jam mulai jam 7 pagi hingga 7 malam membabitka­n kira-kira 1,500 pelanggan di Pulau Ketam dan Sungai Lima.

“Sepanjang tempoh itu, lima generator mudah alih akan ditempatka­n di pulau terbabit untuk memberi bekalan sementara kepada pihak amat memerlukan bekalan elektrik seperti klinik desa dan premis dengan pesakit memerlukan sokongan alat bantuan oksigen.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin berlaku disebabkan perkara ini,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan terbabit dinasihatk­an menghubung­i Facebook TNB Careline atau menghubung­i talian 1-300-88-5454.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia