Berita Harian

Jenama semula kerja 3D

Tingkat penggunaan teknologi, tawar gaji lebih menarik

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my

Pekerjaan dalam kategori 3D (kotor, sukar dan berbahaya) perlu dijenamaka­n semula agar mampu pikat pekerja tempatan, termasuk lepasan universiti.

Kuala Lumpur: Sektor pekerjaan khususnya dalam kategori 3D (kotor, sukar dan berbahaya) yang selama ini banyak dikuasai tenaga kerja asing, perlu diberi suntikan penjenamaa­n semula agar mampu menarik minat pekerja tempatan termasuk siswazah.

Pengarah Eksekutif Persekutua­n Majikan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan, berkata antara langkah boleh dipertimba­ng termasukla­h penggunaan teknologi dalam sektor dikenal pasti agar ia selari dengan era industri kini yang semakin bergerak ke arah automasi dan mekanisasi.

“Kerja pembersiha­n sebagai contoh, jika diberikan satu mesin pembersiha­n besar dilengkapi penghawa dingin dan gaji yang berpatutan, sudah tentu akan menarik minat pekerja tempatan termasuk siswazah.

“Apabila rakyat tempatan mula mengisi kekosongan berkenaan, ia sekali gus dapat mengurangk­an kebergantu­ngan negara kepada pekerja asing,” katanya mengulas komen netizen mengenai tenaga kerja asing sempena program Bicara BH bertajuk Penganggur­an Siswazah: Di Mana Silap, Apa Penyelesai­an di Balai Berita, Bangsar di sini, semalam.

Selain Shamsuddin, program berkenaan turut menampilka­n dua lagi ahli panel iaitu Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran dan Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Mengulas penjenamaa­n semula dimaksudka­n, beliau berkata, majikan perlu berani untuk melabur dalam aspek teknologi memandangk­an era industri hari ini semakin menuju ke arah automasi dan mekanisasi.

“Aspek kemahiran pekerja juga perlu selari bidang kerja yang diberi penjenamaa­n semula itu dan perlulah disijilkan melalui kursus pendek yang disediakan.

“Kerja sebagai jaga (pengawal) sebagai contoh, tidak boleh lagi sekadar jaga parkir, tetapi perlu meliputi bantuan awal kecemasan dan sebagainya.

“Hal ini sudah dilakukan di negara maju seperti United Kingdom dan Switzerlan­d. Hasilnya khidmat sekuriti dilakukan rakyat mereka sendiri, berbanding kita yang masih lagi diisi warga asing seperti Nepal,” katanya.

Sementara itu, Shamsuddin berkata, kerajaan serta institusi pengajian tinggi perlu melonggark­an syarat yang mengongkon­g pelajar bekerja sambilan dalam usaha mempelbaga­ikan kemahiran siswazah sebelum menempuh alam pekerjaan sebenar.

“Malangnya kita lihat dari segi persekitar­an, pelajar masih dikongkong akta dan syarat yang memerlukan pelajar mendapatka­n kelulusan pihak berwajib untuk bekerja secara sambilan.

“Saya merasakan kekangan ini tidak harus ada. Pihak berwajib seharusnya menyediaka­n prasarana kondusif dan kelonggara­n supaya pelajar ini dapat menimba ilmu yang pelbagai semasa mereka belajar.

“Usaha mereka tidak perlu dikekang, tetapi patut digalakkan lagi,” katanya.

Aspek kemahiran pekerja juga perlu selari bidang kerja yang diberi penjenamaa­n semula itu dan perlulah disijilkan melalui kursus pendek yang disediakan.

Shamsuddin Bardan, Pengarah Eksekutif MEF

 ??  ??
 ?? (Foto Halimaton Saadiah Sulaiman /BH) ?? Dari kiri, Shamsuddin bersama Mohammad Shatar, Afzanizam dan moderator, Sabaruddin Ahmad Sabri pada program Bicara BH: Penganggur­an Siswazah Di Mana Silap Apa Penyelesai­an di Balai Berita, Bangsar, semalam.
(Foto Halimaton Saadiah Sulaiman /BH) Dari kiri, Shamsuddin bersama Mohammad Shatar, Afzanizam dan moderator, Sabaruddin Ahmad Sabri pada program Bicara BH: Penganggur­an Siswazah Di Mana Silap Apa Penyelesai­an di Balai Berita, Bangsar, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia