Berita Harian

Guna suara ibu panggil Nora

Rakaman suara ibu memanggil mangsa dibuat bantu operasi SAR

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi dan Siti Azila Alias bhnews@bh.com.my

Seremban: Rakaman suara ibu ‘Nora...darling, Nora...i love you, Nora...mum is here’ mula dimainkan semalam, dalam usaha mencari Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang di sebuah resort di Pantai dekat sini, sejak Ahad lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, berkata rakaman suara ibu mangsa, Meabh Jaseprine Qouirin itu dibuat pagi semalam atas persetujua­n keluarga.

“Dalam setiap operasi kita akan mainkan rakaman dari telefon bimbit ini menggunaka­n pembesar suara seolah-olah ibunya yang memanggil.

“Cara ini pernah digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di tempat lain dan berkesan,” katanya pada sidang media di Balai Polis Pantai di sini, semalam.

Mohamad berkata, setakat lima hari operasi yang dijalankan, pihaknya masih belum menemui sebarang petunjuk remaja itu, namun masih mengklasif­ikasikan kes sebagai orang hilang.

Operasi SAR yang masuk hari kelima semalam diketuai oleh pasukan diketuai Unit Senoi Praaq dengan kekuatan dua pegawai dan 15 anggota.

Mohamad berkata, pihaknya tidak akan berputus asa dan terus mencari di kawasan enam kilometer membabitka­n enam zon dari lokasi remaja itu hilang selain menggunaka­n helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Inisiatif lain yang dilakukan setakat ini adalah mengedarka­n gambar remaja itu kepada orang ramai di setiap sekatan jalan raya, selain dimasukkan dalam sistem Nur Alert dan portal orang hilang,” katanya.

Ditanya adakah keluarga mangsa turut serta dalam SAR yang dijalankan Mohamad berkata, pihaknya tidak menggalakk­an kerana kurang sesuai dengan keadaan mereka.

Berkenaan kerjasama dengan Interpol beliau berkata, pihak terbabit turut memberikan kerjasama kepada PDRM sejak operasi bermula.

Bagaimanap­un mengenai bantuan dari negara luar Mohamad berkata, pihaknya ada terima beberapa pelawaan untuk membantu, tetapi setakat ini merasakan tiada keperluan lagi.

Terdahulu, Mohamad turut menerima kunjungan daripada Duta Perancis ke Malaysia, Frederic Laplanche di Balai Polis Pantai bagi mengikuti perkembang­an semasa pencarian Nora Anne.

Cara ini pernah digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di tempat lain dan berkesan. Mohamad Mat Yusop,

Ketua Polis Negeri Sembilan

 ??  ??
 ??  ?? Helikopter AS355N
Helikopter AS355N
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Laplanche mendengar penerangan Mohamad (kiri) berhubung maklumat pencarian Nora Anne di Pantai, semalam.
(Foto BERNAMA) Laplanche mendengar penerangan Mohamad (kiri) berhubung maklumat pencarian Nora Anne di Pantai, semalam.
 ?? (Foto Iqmal Haqim Rosman/bh) ?? Dua individu dipercayai ahli keluarga Nora Anne turut hadir.
(Foto Iqmal Haqim Rosman/bh) Dua individu dipercayai ahli keluarga Nora Anne turut hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia