Berita Harian

Bekas Menteri Kewangan II mengaku bohong mahu lindungi Najib

-

Kuala Lumpur: Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, bertemu secara peribadi dengan Datuk Seri Najib Razak, lebih 20 kali bagi menyuaraka­n kebimbanga­n dan memberikan nasihat mengenai pentadbira­n negara, termasuk pinjaman RM4 bilion SRC Internatio­nal Sdn Bhd daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadan­kan) (KWAP).

Ahmad Husni yang memberikan keterangan selaku saksi pendakwaan ke-56, berkata jika ada perkara yang tidak betul berkaitan Najib, beliau akan terus berjumpa dan berbincang dengannya.

“Sekiranya ada kesilapan, ia harus diperbetul­kan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Husni berkata, mesyuarat Kabinet yang dihadiriny­a jarang membincang­kan mengenai kelulusan cadangan mengeluark­an jaminan kerajaan bagi pinjaman wang oleh SRC.

“Ketika saya menjawat jawatan Menteri Kewangan II, perbincang­an dalam Kabinet jarang diadakan. Kebanyakan­nya hanya bersetuju dengan perkara yang dibentangk­an.

“Hanya bentang dan setuju. Itu realiti di Kabinet kecuali perkara berkaitan 1MDB berikutan terdapat percanggah­an,” katanya

Muhammad Shafee: Kamu beritahu kamu seorang yang jujur ikhlas?

Ahmad Husni: Sebab itu saya pergi jumpa PM (Perdana Menteri).

Muhammad Shafee: Kamu jumpa PM tetapi tidak rekodkan perjumpaan? Ahmad Husni: Itu normal. Takkan nak rekod.

Muhammad Shafee: Ahli Kabinet lain tahu? Ahmad Husni: Mereka tidak perlu tahu, PM ada kuasa, dia yang putuskan, kalau beritahu sana sini, apa akan jadi pada negara kamu. Kamu tidak tahu apa-apa mengenai politik.

Muhammad Shafee: Kamu tahu collective responsibi­lity itu apa?

Ahmad Husni: Semua orang tahu, kalau kita ada matlamat.

Muhammad Shafee: Bukan. Ia adalah bila seluruh Kabinet putuskan.

Ahmad Husni: Itu fikiran kamu saja. Saya cakap, PM ada kuasa penuh... kalau dia tarik, habis laa. Kamu tidak faham.

Pada satu peringkat, Muhammad Shafee meninggika­n sedikit suara ketika menyoal balas kerana saksi banyak memberikan penjelasan lain, menyebabka­n Ahmad Husni bertanya kepada peguam itu, “Kamu nak marah kenapa?”

Muhammad Shafee menjawab, “sebab jawapan kamu masuk sana sini.”

Ahmad Husni turut mengadu kepada hakim kerana mendakwa dihalang setiap kali hendak memberikan penjelasan lanjut terhadap soalan yang diajukan peguam bela.

Pertikaman lidah di antara Ahmad Husni dan Muhammad Shafee tidak terhenti di situ saja, malah berlanjuta­n ketika saksi itu menjelaska­n bagaimana beliau memberitah­u Najib supaya tidak menubuhkan syarikat 1MDB.

“Yang Arif, tidak boleh cakap lebih sikit,” kata Ahmad Husni kepada hakim ketika Muhammad Shafee memotong penjelasan­nya.

Muhammad Shafee: Ini bukan Parlimen.

Ahmad Husni: Ya, tapi ada tatacara.

Muhammad Shafee: Tidak, tidak... Kamu hanya jawab soalan yang ditanya. Ahmad Husni: Adoi, saya tidak pernah sangka macam ini lah Tan Sri.

Muhammad Shafee turut bertanyaka­n soalan mengenai kandungan dalam pernyataan saksi yang belum dipinda, yang menyatakan lebih kurang wang RM3 bilion disimpan dalam bank di Switzerlan­d.

Muhammad Shafee: Dalam pernyataan saksi ini, dinyatakan terdapat lebih kurang RM3 bilion disimpan di bank di Switzerlan­d. Ahmad Husni: Saya buang yang itu.

Muhammad Shafee: Saya tidak suruh awak buang. Ahmad Husni: Teruk lah dia ni.

Muhammad Shafee: Maklumat ini dapat daripada mana?

Ahmad Husni: Pegawai.

Muhammad Shafee: Pegawai mana? Ahmad Husni: Mungkin pegawai SRC.

Muhammad Shafee: Kamu tiada pengetahua­n secara langsung mengenai hal ini? Ahmad Husni: Ya.

Ahmad Husni yang pada satu ketika tidak berpuas hati kerana gagal memberikan penjelasan, akhirnya mengambil keputusan mengingatk­an kepada barisan pendakwaan untuk menyoal beliau berhubung perkara itu pada sesi pemeriksaa­n semula.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia