Berita Harian

Bijak cipta peluang melalui ‘masalah’

-

Peningkata­n umur persaraan bukan penyebab kepada kadar penganggur­an graduan dan kesukaran mereka mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata sebaliknya yang menentukan kebolehpas­aran graduan adalah nilai tambah yang ada dalam diri mereka sendiri.

Persekitar­an dunia mencabar ketika ini, katanya memerlukan graduan yang dihasilkan dari gedung ilmu menguasai beberapa bidang baharu bagi membezakan diri mereka dengan orang lain.

“Sebagai graduan dan mahasiswa, memang kita tidak ada kawalan dari segi persekitar­an ekonomi dunia, tetapi apa yang kita boleh buat adalah mengawal diri kita supaya bersedia menghadapi alam yang tidak menentu.

“Apa kriteria yang boleh dikedepank­an, mahasiswa boleh fokus. Jangan fokus pada yang kecil seperti tarikh persaraan (punca penganggur­an siswazah). Ini faktor kecil,” katanya pada Program Bicara BH : Penganggur­an Siswazah, Di Mana Silap, Apa Penyelesai­an yang disiarkan menerusi Facebook Live BH, semalam.

Mohammad Shatar pada masa sama bersetuju kecemerlan­gan akademik bukan lagi jaminan untuk berjaya, sebaliknya perlu disusuli pengetahua­n lain seperti kemahiran pengucapan awam, menguasai bahasa dan berfikir di luar kotak.

“Inilah dunia yang kita berhadapan hari ini. Dulu ada SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) sudah pasti dapat kerja, tetapi sekarang tidak. Pelajar perlu mengubah formula bagaimana untuk terus hidup.

“Kadang-kadang ia dalam kawalan kita, kadang-kadang di luar kawalan. Jadi, kita perlu mempelbaga­ikan kemahiran dan kelayakan yang kita ada. Mahasiswa perlu bersedia dengan membekalka­n kemahiran tambahan selain mementingk­an pencapaian akademik, kerana kedua-duanya mesti berjalan seiring,” katanya.

Beliau berkata, satu kriteria penting perlu ada dalam diri siswazah adalah melihat sesuatu masalah itu sebagai peluang untuk berjaya.

Katanya, graduan perlu mengubah paradigma dengan tidak hanya mencari kesalahan dan kekurangan pihak lain, tanpa ada usaha untuk berdikari dan merancang serta meneroka benda baharu untuk berjaya.

“Mahasiswa ada ilmu, contohnya di kampung, boleh lihat masalah di kawasan itu sebagai satu peluang. Anda boleh tawarkan kelas tuisyen, mengajar budak-budak di kampung. Ini contoh bagaimana dia melihat masalah sebagai peluang.

“Khidmat penghantar­an makanan wujud sebab orang sekarang malas keluar, ini satu masalah yang membuka peluang. Pelajar perlu berhenti menyalahka­n pihak lain, sebaliknya kena jadikan masalah yang berlaku hari ini untuk berjaya,” katanya.

Mengenai kepentinga­n penguasaan bahasa, Mohammad Shatar berkata, graduan perlu menguasai banyak bahasa termasuk bahasa asing seperti Jepun dan Korea Selatan sebagai platform untuk memasarkan diri kepada majikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia