Berita Harian

Tumpu SME wujud lebih banyak peluang pekerjaan

Perkembang­an inovasi berupaya hasilkan bentuk ekonomi baharu

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Sektor perusahaan kecil dan sederhana (SME) boleh menjadi pemangkin utama kepada pengwujuda­n lebih banyak peluang pekerjaan untuk diisi siswazah.

Justeru Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Dr Afzanizam Abdul Rashid, berkata kerajaan boleh memberi fokus kepada pembanguna­n SME di Malaysia sebagai sebahagian usaha mewujudkan ekonomi dan perniagaan bentuk baharu.

Beliau berkata, lebih banyak peluang pekerjaan baharu akan dicipta menerusi perkembang­an inovasi yang berupaya menghasilk­an bentuk kerja baharu, seiring perkembang­an industri.

“Sektor SME perlu ditekankan lagi pihak kerajaan. SME jika dapat dikembangk­an dengan baik dapat wujudkan peluang pekerjaan kerana syarikat maju kurang menggunaka­n tenaga buruh.

“Sektor SME saya nampak berpotensi serap tenaga buruh. Kerajaan boleh galakkan lagi bidang TVET (Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional). Graduan yang habis belajar, siswazah boleh hadiri kursus di IKBN (Institut Kemahiran Belia Negara) selama enam bulan untuk beri pendedahan kemahiran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Bicara BH: Penganggur­an Siswazah, Di Mana Silap, Apa Penyelesai­an yang disiarkan menerusi Facebook Live BH, hari ini.

Turut diundang menjadi panel pada program itu ialah Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran serta Pengarah Eksekutif Persekutua­n Majikan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan.

Afzanizam berkata, syarikat besar biasanya menumpukan perhatian kepada aspek produktivi­ti, lantas mendorong pengambila­n seseorang kakitangan itu dilakukan secara berhati-hati.

“Sebab itu, selain dari faktor ilmu (pencapaian akademik) kena ambil kira ‘soft skill’, macam mana mahu bercakap dengan orang. Perkara itu nampak enteng, tetapi penting kepada penetuan peluang pekerjaan itu sendiri,” katanya.

Beliau akui, ekonomi semasa sedikit mencabar apatah lagi faktor yang mempengaru­hi sukar dikawal dan bersifat luaran.

“Pasaran kerjaya memang ada kaitan dengan prestasi ekonomi. Sekarang tidak menentu, disebabkan situasi (harga) komoditi dan perdaganga­n (tidak stabil). Tetapi pada masa sama, dari segi peringkat perniagaan landskap jelas sudah berubah.

“Jika dulu, apabila kata bank saja ia berkait memberi perkhidmat­an perbankan, tapi sekarang Apple pun sudah buat (jual) kredit kad,” katanya.

Beliau berkata, pertumbuha­n ekonomi sekitar empat dan lima peratus yang direkod negara ketika ini sesuai dengan pasaran buruh dan modal.

“Sekarang ini kita bertemu pada sekitar (pertumbuha­n) 4.8 hingga lima peratus, ini baik. Namun kita bukan saja mahukan pertumbuha­n yang tinggi, tetapi mampan. Dalam keadaan semasa ini, ekonomi agak perlahan, dari sudut peluang pekerjaan agak mencabar sedikit,” katanya.

Kerajaan boleh galakan lagi bidang TVET. Graduan yang habis belajar, siswazah boleh hadiri kursus di IKBN (Institut Kemahiran Belia Negara) selama enam bulan untuk beri pendedahan kemahiran.

Afzanizam Abdul Rashid, Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam

 ?? [Foto hiasan] ?? Sektor perusahaan kecil dan sederhana boleh jadi pemangkin kepada penghasila­n peluang pekerjaan
[Foto hiasan] Sektor perusahaan kecil dan sederhana boleh jadi pemangkin kepada penghasila­n peluang pekerjaan
 ??  ?? Graduan digalakkan menyertai kemahiran. kursus vokasional untuk mendapatka­n
Graduan digalakkan menyertai kemahiran. kursus vokasional untuk mendapatka­n
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia