Berita Harian

Solat hajat mohon carian dipermudah

-

Masjid Kariah Pantai di sini, akan mengadakan solat hajat selepas sembahyang Jumaat hari ini, bagi memohon supaya dipermudah­kan pencarian Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang di sebuah resort di Pantai dekat sini, sejak Ahad lalu.

Imam masjid itu, Kahar Sukin, berkata walaupun tiada permintaan daripada mana-mana pihak, pihaknya mengambil inisiatif untuk mengadakan solat itu sebagai ikhtiar.

“Solat hajat ini sebagai ikhtiar yang boleh dilakukan oleh pihak masjid dalam usaha membantu pihak keselamata­n mencari remaja itu.

“Walaupun mangsa berlainan agama, kita masih boleh melaksanak­an solat itu atas dasar kemanusiaa­n,” katanya ketika ditemui di Masjid Kariah Pantai di sini, semalam.

Kahar yang sudah 12 tahun menjadi imam berkata, pada hari pertama remaja itu hilang dia sendiri dijemput ke resort itu untuk melaungkan azan mencari mangsa.

“Saya melaungkan azan di empat penjuru chalet didiami keluarga itu selepas solat Asar pada Ahad lalu,” katanya.

Anak jati Pantai itu berkata, ini dipercayai kejadian pertama kes orang hilang dalam tempoh lama dan berharap mangsa dapat ditemui dalam keadaan selamat.

Bagaimanap­un katanya, kes pendaki hilang atau sesat di Gunung Berembun yang terletak berhampira­n resort itu sering berlaku tetapi biasanya berjaya ditemui dalam tempoh sehari.

“Pelbagai andaian dibuat orang ramai ketika ini, tetapi sebagai orang Islam kita perlu mendoakan yang terbaik,” katanya yang turut tidak menolak kemungkina­n wujud unsur mistik dalam kes itu.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superinten­dan Mohd Nor Marzukee Besar meminta orang ramai membantu dengan apa juga cara termasuk mengadakan solat hajat bagi yang beragama Islam dan mengikut cara agama masing-masing.

 ??  ?? Kahar Sukin
Kahar Sukin
 ??  ?? Pasukan SAR menjalanka­n misi pencarian di kawasan hutan sekitar resort Nora Anne dilaporkan hilang di Pantai, Seremban.
Pasukan SAR menjalanka­n misi pencarian di kawasan hutan sekitar resort Nora Anne dilaporkan hilang di Pantai, Seremban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia