Berita Harian

Keluarga hargai usaha pasukan SAR

Ibu bapa masih bersedih harap Nora Anne ditemui selamat

- Oleh Azzman Abdul Jamal azzman@bh.com.my

Seremban: Ahli keluarga Nora Anne Qouirin, 15, yang hilang di sebuah resort di Pantai, di sini sejak Ahad lalu meluahkan penghargaa­n kepada pasukan keselamata­n dan orang ramai yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja perempuan warga Ireland itu.

Dalam satu kenyataan, keluarga remaja itu memaklumka­n mereka masih bersedih dengan kejadian berkenaan dan berharap semua pihak akan terus membantu serta menyokong usaha mencari Nora Anne.

“Terima kasih kepada pihak polis dan pasukan SAR untuk segala bantuan sepanjang kami berhadapan detik hitam ini.

“Kami juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada pihak kedutaan, komuniti setempat, pekerja hotel dan orang ramai yang turut membantu.

“Kami terharu dengan segala sokongan yang diberikan. Kejadian ini sangat traumatik,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kenyataan itu dikeluarka­n Lucie Blackman Trust, sebuah badan amal yang menguruska­n hal ehwal berkaitan media untuk keluarga mangsa.

Kenyataan itu turut menyebut ibu bapa mangsa, Sebastien Quoirin dan Meabh Qouirin terlalu sedih untuk mengulas insiden kehilangan remaja berkenaan.

“Keluarga kami tidak boleh menghadap perkara ini buat masa ini. Namun, kami harus terus percaya. Kami berharap semua pihak akan terus menyokong dan membantu usaha mencarinya.

“Nora masih hilang dan kita perlu lakukan segalanya untuk pastikan dia selamat pulang,” katanya.

Nora Anne sebelum ini dilaporkan hilang ketika menginap di sebuah resort di Pantai di sini pada Ahad lalu sebelum pihak berkuasa melancarka­n operasi SAR di kawasan berkenaan.

Bagaimanap­un, operasi SAR yang memasuki hari kelima hari ini masih gagal mengesan mangsa.

 ?? (Foto Iqmal Haqim Rosman/bh) ?? Mohd Nor Marzukee pada taklimat operasi SAR mengesan Nora Anne di Pantai, Seremban semalam.
(Foto Iqmal Haqim Rosman/bh) Mohd Nor Marzukee pada taklimat operasi SAR mengesan Nora Anne di Pantai, Seremban semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia