Berita Harian

Laluan sukar kembalikan kementeria­n untuk usahawan

- Penulis adalah wartawan Meja Bisnes Berita Harian

“Tun Dr Mahathir Mohamad berkali-kali pesan dalam apa usaha kita lakukan, kestabilan negara takkan tercapai jika kita tidak stabilkan B40. Maka (perlu) bagi fokus kepada bangsa Melayu, apabila Melayu stabil negara juga akan stabil,” kata Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof.

Perkongsia­n Menteri Pembanguna­n Usahawan (MED) itu melekat dalam ingatan kami selepas pertemuan sempena temu bual eksklusif ketika kunjungann­ya ke Balai Berita, The New Straits Times Press (NSTP) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kata-kata Mohd Redzuan atau lebih mesra dipanggil Pak Wan sudah memadai sebagai pengesahan komitmen kerajaan baharu kepada isu sensitif pembanguna­n Bumiputera yang sering dipolitikk­an sejak Pakatan Harapan (PH) menubuhkan kerajaan.

Justeru, Dasar Keusahawan­an Nasional 2030 (DKN 2030) diperkenal­kan dengan penekanan kepada golongan B40, bahkan visi MED kini lebih jauh untuk menyatukan kembali semua program dan dana pembanguna­n usahawan supaya dapat digerakkan secara bersepadu di bawah satu kementeria­n.

Tidak semudah dirancang, ia bakal mengundang cabaran besar dengan usia MED baru ‘setahun jagung’ selepas diwujudkan semula oleh kerajaan PH untuk memayungi usahawan sejak Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (MECD) dimansuhka­n oleh Datuk Seri Najib Razak pada April 2009.

Justeru, kementeria­n itu sudah dua kali tidak terbabit dalam rancangan lima tahun pembanguna­n Malaysia iaitu Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKE-10) dan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKE-11), walaupun program pembanguna­n usahawan terus dilaksanak­an pada semua peringkat pelbagai kementeria­n dan agensi.

Analogi mudah dengan melihat peruntukan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi 2019 iaitu sekitar RM4.5 bilion namun, semua dana terbabit diletakkan di pelbagai kementeria­n dan agensi lain yang sudah memiliki program keusahawan­an masing-masing.

Tanpa peruntukan seperti dialami MED dalam RMKE-11, kementeria­n itu masih tempang dan terpaksa ‘mengemis’ mengharapk­an ihsan rakan menterinya lain untuk mendapatka­n perbelanja­an menjalanka­n tanggungja­wab membangunk­an usahawan, apatah lagi melaksanak­an DKN 2030 nanti.

Tidak hairanlah sejak pembubaran MECD, kepemimpin­an Najib beberapa kali dihimpit gesaan menuntut supaya mewujudkan semula kementeria­n itu oleh pertubuhan perniagaan pada 2010 dan kemuncak kekecewaan usahawan itu diperjuang­kan Allahyarha­m Datuk Dr Maznah Hamid pada 2013.

Masalah timbul selepas sembilan bulan pembubaran MECD yang menyaksika­n enam pertubuhan Melayu meluluskan resolusi tuntutan MECD diwujudkan kembali apabila lapan kementeria­n yang diberi peranan memayungi usahawan gagal melaksanak­an program berkesan, kerenah birokrasi dan dinafikan hak mendapatka­n pinjaman berbanding khidmat di bawah satu bumbung sebelum itu.

Bahkan tiga tahun kemudian masalah pembanguna­n usahawan berlanjuta­n apabila Allahyarha­m Maznah meminta Najib mengembali­kan agensi pembiaya di bawah satu kementeria­n selepas mendapati agensi pembiaya terpaksa bekerja mengikut fungsi dan objektif kementeria­n yang berbeza, selain mewujudkan tambahan kos operasi kementeria­n.

Hanya pada 2016 sebuah Jawatankua­sa Khas Kabinet Bagi Membantu Usahawan Muda ditubuhkan untuk melihat keberhasil­an semua tabung, inisiatif dan langkah dilaksanak­an semua agensi kerajaan membantu usahawan sedia ada.

Namun, persoalann­ya sejauh manakah kerajaan kepemimpin­an dulu berjaya membangunk­an usahawan tanpa MECD? Atau persoalan lebih sensitif sejauh manakah jurang ekonomi Bumiputera dirapatkan dan sejauh mana pula jurang golongan pendapatan bawah B40 dirapatkan dengan kelompok teratas T20?

Bagi menjawabny­a, analisis Bank Islam kepada data penyimpan Amanah Saham Bumiputera (ASB) berdasarka­n sumber laporan tahunan ASB sesuai dijadikan ukuran.

Berdasarka­n simpanan pelaburan ASB untuk 2018 menyaksika­n jumlah pemegang unit bagi simpanan RM5,000 dan ke bawah adalah seramai 7.4 juta atau mewakili 76.9 peratus dengan purata simpanan sekitar RM555.

Jumlah pemegang unit bagi simpanan RM500,000 dan ke atas pula seramai 23,304 atau mewakili 0.2 peratus dengan purata simpanan yang jauh terlalu tinggi berlegar sekitar RM786,00.

Memetik pendapat Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, menyatakan data itu mencadangk­an suasana jurang kekayaan yang masih lebar dalam kalangan Bumiputera walaupun secara keseluruha­nnya, Bumiputera kini semakin ramai mampu menyimpan dan sedar kepentinga­n melabur untuk pulangan berpatutan

Ia bakal mengundang cabaran besar dengan usia MED baru ‘setahun jagung’ selepas diwujudkan semula oleh kerajaan PH untuk memayungi usahawan sejak Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (MECD) dimansuhka­n oleh Datuk Seri Najib Razak pada April 2009.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia