Berita Harian

Kebersihan Kelantan masih mengecewak­an

- Penulis adalah wartawan Berita Harian Kelantan

Dalam dunia semakin maju, isu sampah belum lagi berpenghuj­ung di Kelantan walaupun dikatakan pelbagai usaha dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menyelesai­kan masalah itu.

Walaupun Kelantan terkenal dengan slogan ‘Membangun Bersama Islam’, keadaan kebersihan tidak menggambar­kan sedemikian apabila longgokan sampah merata-rata, terutama di bahu jalan sehingga mencacatka­n pandangan pengunjung ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Kota Bharu yang terkenal dengan imejnya sebagai sebuah bandar raya Islam, sepatutnya menjadi contoh kepada bandar lain di Malaysia, namun tahap kebersihan­nya cukup mengecewak­an.

Lalu saja mana-mana jalan sama ada di kawasan bandar dan kampung, sudah pasti akan menemui bungkusan sampah dibuang merata-rata oleh penduduk walaupun tong sampah sudah disediakan PBT tidak jauh dari tempat itu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman.” Malang dan sedih sekali, masyarakat kita masih kurang kesedaran dan disiplin dalam hal menjaga kebersihan.

Jika pihak berkuasa memasang papan tanda ‘Jangan buang sampah di kawasan ini’, maka apa yang kita lihat, bertimbun sampah sarap dilonggokk­an di situ walaupun tertera denda akan dikenakan sekiranya melanggar peraturan itu.

Umat Islam tidak sepatutnya mengamalka­n sifat buruk seperti itu. Biarlah orang lain melihat diri kita hebat dari segi penampilan luaran, juga rumah, kenderaan dan apa saja berkaitan dengan diri kita perlu berada pada tahap yang membanggak­an.

Pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan lalu, kerajaan negeri mengakui PBT berdepan masalah untuk menempatka­n tong sampah di hadapan mana-mana premis apabila tidak mendapat kerjasama penduduk.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin, berkata kebanyakan penduduk tidak membenarka­n pihak berkuasa meletakkan tong sampah berhampira­n kawasan mereka kerana didakwa mengganggu pemandanga­n.

Keadaan itu menyebabka­n sampah-sarap ditempatka­n merata-rata di sepanjang bahu jalan dan sudut bangunan berikutan ketiadaan tong sampah.

Malah, laporan media pada Mac lalu, Jalan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 1 dan RKT Kesedar Lebir, di Gua Musang bagaikan laluan ‘sampah’ apabila dipenuhi sampah-sarap yang dibuang segelintir penduduk tempatan sejak setahun lalu.

Tidak kira lagi isu pada cuti perayaan terutama Aidilfitri dan Aidiladha yang bakal tiba, apabila sikap tidak tanggungja­wab pengguna jalan raya yang berhenti berehat dan berbuka puasa di tepi jalan, membuang sisa makanan dan plastik sehingga sepanjang laluan dicemari sampah.

Sampai bilakah sikap seperti ini berterusan sedangkan Malaysia antara negara Islam dan Kelantan pula ditadbir berdasarka­n ‘Membangun Bersama Islam’. Jika hanya pihak berkuasa bersungguh-sungguh menjaga kebersihan, masalah kebersihan tidak akan ada kesudahan apabila sikap masyarakat sendiri tidak diubah.

Bagi penulis, isu kebersihan memerlukan kerjasama semua pihak, terutama antara pihak berkuasa dengan penduduk. Tidakkah kita mempunyai impian untuk menjadikan negara seperti Jepun atau Singapura yang sangat bersih sedangkan mereka bukan negara Islam.

Jelas di sini, kebanyakan nilai murni dianjurkan Islam nampaknya lebih diamalkan rakyat negara bukan Islam. Dalam Islam, kita mengetahui bahawa kebersihan antara perkara paling dititikber­atkan.

Kelantan adalah negeri dengan jolokan Serambi Makkah sepatutnya mampu menjadi contoh kepada negeri lain dalam isu kebersihan, namun apakan daya, boleh dikatakan kita agak ketinggala­n apabila Melaka dan Negeri Sembilan jauh lebih baik dalam isu kebersihan.

Kota Bharu yang terkenal dengan imejnya sebagai sebuah bandar raya Islam, sepatutnya menjadi contoh kepada bandar lain di Malaysia.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia