Berita Harian

Sultan Nazrin lancar pameran lukisan Yusof Ghani

30 karya abstrak bertema ‘Segerak VIII: Utopia’ dipamerkan di Galeri Prima sehingga 18 Ogos

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman wananwar@bh.com.my

Kuala Lumpur: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melancarka­n pameran lukisan hasil karya pelukis Yusof Ghani, di Galeri Prima, The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), malam tadi.

Baginda yang diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, meluangkan masa kira-kira 30 minit melihat dan meneliti 30 karya abstrak Yusof bertema ‘Segerak VIII: Utopia’.

Selesai majlis itu, baginda turut melawat dan meninjau operasi Jabatan Pengarang NSTP.

Yang turut mengiringi, Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Datuk Syed Hussian Syed Junid; Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Datuk Kamal Khalid; Pengerusi NSTP, Tan Sri Ismail Omar dan Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial MPB, Mustapha Kamil Mohd Janor.

Yang turut hadir, Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid; Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Rashid Yusof dan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Tuan Mohamad Asri Tuan Hussein.

Pameran karya seni Yusof dipamerkan di Galeri Prima bermula 1 sehingga 18 Ogos ini dengan kerjasama Curate Henry Butcher dan PINKGUY Gallery.

Pameran lukisan Segerak merangkumi siri Segerak II, III, IV, V, VI dan VII pernah dipamerkan di luar negara termasuk London, Madrid dan Hong Kong.

Selain Segerak, Yusof sebelum ini turut dikenali dengan lukisan bertema Tari, Topeng, Wayang, Hijau, Biring, Wajah dan Ombak.

Bagi kumpulan karya Segerak, ia pertama kali dipamerkan pada 2004 dan mengalami evolusi menerusi beberapa episod - Segerak II, III, IV, V, VI dan VII.

Mengikut pelukis, Segerak membolehka­n dirinya meneroka figura manusia sebagai simbol kehidupan yang diterjemah kepada hasil abstrak bagi menggambar­kan realiti kehidupan insan.

“Berdasarka­n pemerhatia­n dan pengalaman saya, kembara dan warisan adalah sumber tenaga, daya serta kekuatan yang dirasai sebelum digarap serta diterjemah­kan menerusi perasaan melukis dan mewarna,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Galeri Prima, Azlynn Aziz, berkata Segerak VIII memaparkan seni pergerakan figura yang lebih halus dan mendalam.

“Idea dan ekspresi dipersemba­hkan pada hasil karya adalah menggambar­kan peristiwa yang berlaku di seluruh dunia,” katanya.

Pameran dibuka kepada umum setiap Isnin sehingga Jumaat mulai jam 10 pagi sehingga jam 6 petang.

 ??  ?? Sultan Nazrin bersama Tuanku Zara melihat buku cenderamat­a sambil diperhatik­an Yusof (kanan) dan Syed Hussian.
Sultan Nazrin bersama Tuanku Zara melihat buku cenderamat­a sambil diperhatik­an Yusof (kanan) dan Syed Hussian.
 ?? (Foto Aswadi Alias /BH) ?? Sultan Nazrin berkenan melawat pameran selepas merasmikan Pameran Seni Segerak VIII - Utopia.
(Foto Aswadi Alias /BH) Sultan Nazrin berkenan melawat pameran selepas merasmikan Pameran Seni Segerak VIII - Utopia.
 ??  ?? Sultan Nazrin meninjau operasi editorial BH dan diberi penerangan oleh Khaidir sambil diperhatik­an Syed Hussian, Ismail dan Mustapha Kamil.
Sultan Nazrin meninjau operasi editorial BH dan diberi penerangan oleh Khaidir sambil diperhatik­an Syed Hussian, Ismail dan Mustapha Kamil.
 ??  ?? Sultan Nazrin melawat ruang pameran diiringi Yusof di Galeri Prima, malam tadi.
Sultan Nazrin melawat ruang pameran diiringi Yusof di Galeri Prima, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia