Berita Harian

Tulisan khat dilaksana secara pilihan: Maszlee

Kabinet putuskan pengenalan dalam subjek BM di SJK Cina, Tamil diteruskan

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail irwansha@nstp.com.my

Putrajaya: Kabinet memutuskan pengenalan tulisan khat dalam subjek Bahasa Melayu (BM) Tahun Empat semua sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil diteruskan seperti dirancang.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata ia bagaimanap­un disertakan bersama beberapa langkah penyesuaia­n, termasuk dilaksanak­an secara pilihan dengan guru diberi kuasa memutuskan kaedah pelaksanaa­n di bilik darjah masing-masing.

Beliau berkata, Kabinet juga kelmarin menetapkan memaklumka­n pengenalan tulisan khat akan dimuatkan sebanyak tiga muka surat dalam buku teks BM.

“Jemaah Menteri turut bersepakat supaya pengenalan tulisan khat ini tidak dinilai dalam apa-apa ujian atau peperiksaa­n,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Serentak itu, beliau berharap isu berkenaan tidak lagi dibangkitk­an secara tidak tepat sehingga mengeliruk­an orang ramai, sedangkan ia sebahagian aktiviti dalam subjek BM, selain bagi memperkena­lkan warisan bahasa Melayu sendiri.

Ditanya jika ada murid enggan mempelajar­i tulisan khat, Maszlee berkata, ia terserah kepada guru yang diberi tanggungja­wab untuk menggunaka­n kreativiti mereka dalam aktiviti berkenaan.

“Tulisan ini bukan sesuatu yang asing dalam warisan budaya negara kita. Jata negara ada tulisan jawi, wang kertas pun ada, jadi ia bukan sesuatu yang baharu atau cuba untuk ‘arabisasi’ atau ‘Islamisasi’ murid,” katanya.

Keputusan memperkena­lkan seni khat dan tulisan Jawi bagi mata pelajaran BM sebelum ini mendapat bantahan, terutama daripada pemimpin akar umbi DAP serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pendidikan Cina.

Sementara itu, Maszlee berkata, pada mesyuarat bersama EXCO pendidikan setiap negeri semalam, kerajaan negeri secara dasar bersetuju memberi tumpuan kepada subjek Matematik dan Sains di sekolah rendah.

Tulisan ini bukan sesuatu yang asing dalam warisan budaya negara kita. Jata negara ada tulisan jawi, wang kertas pun ada, jadi ia bukan sesuatu yang baharu atau cuba untuk ‘arabisasi’ atau ‘Islamisasi’ murid.

Maszlee Malik, Menteri Pendidikan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia