Berita Harian

Hanya 5 minit lembu Siam seberang sempadan

- Oleh Wartawan BH bhnews@nstp.com.my

Kota Bharu: Sepuluh pangkalan haram dikenal pasti sepanjang sempadan Malaysia-thailand di Rantau Panjang, aktif kegiatan penyeludup­an lembu dari negara jiran, yang semakin rancak setiap kali menjelang Aidiladha.

Pangkalan terbabit ialah Pangkalan Kubang Pak Itam, Jeram Perdah, Pak Atah, Mundok, Pokteh Kana, Lubok Gong, Pokok Setor, Bukit Lata, Lubok Stol dan Pos Ular. Ia sebahagian daripada 110 pangkalan haram di sempadan kedua-dua negara itu yang terletak di tepi Sungai Golok, membabitka­n daerah Tumpat, Rantau Panjang dan Jeli.

Sumber memberitah­u kegiatan itu yang membabitka­n sindiket dianggotai warga tempatan dan Thailand, mudah dilakukan kerana banyak pangkalan haram di tepi Sungai Golok - sungai yang memisahkan Malaysia dan Thailand.

Anggota sindiket hanya mengambil masa kira-kira lima minit untuk membawa lembu menyeberan­gi sungai ke sempadan negara ini.

“Lembu dibeli di Thailand dengan harga RM2,000 hingga RM3,000 seekor dan sindiket mampu memperoleh keuntungan kira-kira RM1,000 seekor apabila menjual semula ternakan itu.

“Untung lumayan itu menyebabka­n penyeludup­an lembu sejak puluhan tahun lalu berterusan hingga kini dan semakin rancak menjelang Aidiladha, dengan ada yang menyeludup sehingga 30 lembu serentak,” kata sumber itu.

Modus operandi sindiket ialah membawa lembu ke lokasi transit di tepi Sungai Golok di sebelah Thailand yang berhampira­n pangkalan haram untuk tempoh tertentu. Mereka memantau pergerakan pasukan keselamata­n dan melihat masa yang sesuai untuk menyeludup ternakan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia