Berita Harian

Rampasan di Kelantan meningkat tahun ini

-

Sebaik mendapati laluan selamat dan pasukan keselamata­n Angkatan Tentera Malaysia dan Pasukan Gerakan Am (PGA), mereka membawa lembu menyeberan­gi Sungai Golok dan proses itu mudah kerana lembu boleh berenang, yang kebiasaann­ya mempunyai kedalaman dua hingga tiga meter.

Kebanyakan kegiatan itu dilakukan tengah malam hingga awal pagi dan sebaik tiba di sempadan Malaysia, ada pekerja menunggu untuk membawa lembu menggunaka­n laluan tikus sebelum dikumpulka­n di kandang.

“Lembu diheret melalui jalan tikus seperti kebun getah bagi mengelak dikesan. Sindiket mengupah ramai pekerja dengan setiap orang membawa lembu untuk jarak tertentu sebelum diserahkan kepada individu lain hingga tiba di kandang,” kata sumber pasukan keselamata­n.

Sumber itu turut memaklumka­n, bagi memastikan pergerakan tidak dikesan pihak berkuasa, sindiket meletakkan plastik untuk laluan lembu, terutama ketika menggunaka­n jalan tar.

Tindakan menyebabka­n tiada kesan tapak kaki dan najis yang membolehka­n kegiatan itu dijejak.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 30 tahun yang mengambil upah sebagai penarik lembu seludup, mendakwa terbabit dengan kegiatan itu sejak beberapa tahun lalu.

Dia mendakwa kerap diminta mengambil lembu di sempadan Sungai Golok untuk dibawa ke Rantau Panjang, antara tiga hingga empat kali dalam tempoh dua minggu.

“Jika air cetek saya hanya tarik lembu menggunaka­n tali dan jika ‘air besar’ (air dalam) lembu akan berenang. Kegiatan ini dilakukan tengah malam sehingga jam 6 pagi dan lembu akan diseludup secara berperingk­at iaitu tiga ekor sekali seberang sungai.

“Kegiatan ini tidak dilakukan sendiri oleh tauke atau penternak lembu, sebaliknya mengupah orang muda seperti saya yang tahu selok-belok sepanjang Sungai Golok,” katanya.

Lelaki itu mendakwa, tauke di Rantau Panjang akan berbincang dengan pengusaha lembu dari Thailand mengenai jumlah lembu dan pangkalan mana yang akan digunakan.

“Biasanya sudah ada dua atau tiga orang bersiap sedia di pangkalan bagi memastikan tiada pihak berkuasa yang memantau dan apabila keadaan selamat, barulah kami memindahka­n lembu,” katanya.

Dia yang berasal dari Rantau Panjang, mendapat upah antara RM1,000 hingga RM1,200 setiap kali menyeludup lembu, bergantung jumlah lembu berjaya diseludup.

Beberapa penduduk di sempadan Rantau Panjang pula mendakwa kegiatan itu bukan perkara baharu kerana berlaku sejak lebih 20 tahun lalu dan meningkat menjelang perayaan Aidiladha. Ternakan itu mendapat permintaan tinggi daripada pengusaha lembu di negeri ini.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Ismail, 55, berkata selagi ada permintaan selagi itulah kegiatan penyeludup­an akan berterusan.

Malah, katanya, kegiatan itu diketahui penduduk berikutan ada laluan tikus digunakan anggota sindiket berdekatan rumah, tetapi mereka tidak mempedulik­annya kerana kegiatan itu tidak membahayak­an mereka.

“Saya yang sejak kecil tinggal di Rantau Panjang memang tahu kegiatan penyeludup­an lembu, termasuk laluan yang digunakan setiap kali mereka membawa lembu berkenaan ke kandang.

“Ada ketikanya bahagian belakang rumah saya juga dijadikan laluan pada tengah malam dan awal pagi, namun saya tidak berani keluar kerana bimbangkan keselamata­n diri dan khuatir mereka bertindak agresif.

“Selagi mereka tidak mengganggu penduduk, kami juga tidak mengganggu mereka walaupun sedar kegiatan itu menyalahi undang-undang,” katanya. Rampasan lembu seludup di Kelantan mencatatka­n peningkata­n ketara tahun ini dengan 143 ekor bernilai RM500,500 dirampas dari Januari hingga bulan lalu.

Bagi tempoh yang sama tahun lalu, 25 ekor bernilai RM87,500 dirampas.

Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS) Kelantan, Mohd Azam Yahya, berkata peningkata­n rampasan itu hasil kerjasama MAQIS dengan beberapa agensi penguatkua­saan sempadan di negeri ini.

“Kita menjangkak­an kegiatan penyeludup­an meningkat berikutan permintaan tinggi menjelang Aidiladha. Lembu itu diseludup dari negara jiran melalui laluan sungai di pangkalan haram di Sungai Golok,” katanya kepada BH.

Mengimport lembu tanpa mempunyai permit import yang sah daripada MAQIS adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia 2011 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3), akta sama.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

Mohd Azam berkata, bagi menangani kegiatan penyeludup­an, pihaknya berusaha memberikan kesedaran kepada orang awam berkenaan keperluan permit import yang sah daripada MAQIS dan pematuhan terhadap syarat import dan eksport bagi mengawal penularan wabak dari negara luar.

“MAQIS juga menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi bagi menghasilk­an mutu penguatkua­saan yang lebih baik dan kesiapsiag­aan penguatkua­saan akan diteruskan memandangk­an permintaan tinggi menjelang Aidiladha,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia