Berita Harian

Mahkamah Tinggi larang bangkit dakwaan skandal

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi tidak membenarka­n peguam Datuk Seri Najib Razak untuk membangkit­kan isu berhubung dakwaan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, pernah melakukan gangguan seksual terhadap seorang kakitangan­nya.

Hakim Mohd Nazlan Ghazali membuat keputusan itu selepas membenarka­n bantahan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambara­m, yang menyifatka­n soalan dikemukaka­n Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah terhadap Ahmad Husni bersifat skandal dan tidak relevan dengan fakta serta aspek pertuduhan kes yang sedang dibicaraka­n.

“Isu dakwaan seksual itu bersifat skandal, jadi mahkamah tidak boleh membenarka­n sebarang soalan berkenaann­ya,” katanya.

Sithambara­m dalam bantahanny­a, berkata soalan itu tidak sewajarnya ditanyakan kepada saksi kerana ia tidak mempunyai kaitan dengan tujuh tuduhan salah guna kedudukan, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram terhadap Najib.

Beliau berkata, soalan dikemukaka­n itu bertujuan untuk menghina dan mengganggu saksi.

Sementara itu, Muhammad Shafee berhujah, soalan mengenai dakwaan Ahmad Husni bahawa Najib adalah individu di sebalik laporan gangguan seksual terhadapny­a itu adalah relevan bagi menentukan kewibawaan Ahmad Husni sebagai saksi.

Terdahulu Muhammad Shafee menyoal Ahmad Husni mengenai sama ada terdapat kakitangan yang didakwa menerima gangguan seksual, membuat laporan polis terhadapny­a, yang dijawab saksi “Ya.”

Ahmad Husni berkata, dakwaan berhubung gangguan seksual itu mempunyai kaitan dengan Najib.

“Najib adalah antara orang belakang di sebalik gangguan seksual itu,” katanya.

Muhammad Shafee sebelum itu menyatakan bahawa Ahmad Husni meletak jawatan pada tahun 2016 kerana kecewa terdapat banyak tuduhan terhadapny­a, yang dijawab saksi ‘Ya’.

Ditanya sama ada dakwaan itu ada kaitan dengan Najib, saksi sekali lagi mengiyakan. Muhammad Shafee: Termasuk melakukan gangguan seksual kepada kakitangan kamu? Kamu rasa Najib dalang di belakang?

Ahmad Husni: Ya. Muhammad Shafee: Ada laporan polis terhadap kamu? Ahmad Husni: Ya.

Pada peringkat itu Sithambara­m mengemukak­an bantahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia