Berita Harian

Pemandu treler kena penjara 30 bulan

-

Bahau: Mahkamah Majistret di sini, semalam menjatuhka­n hukuman penjara 30 bulan dan denda RM40,000 terhadap pemandu treler yang menyebabka­n kematian lapan orang dalam kemalangan di Jempol dua tahun lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Majistret Mohamad Redza Azhar terhadap Norzailan Omar, 46, selepas tertuduh mengaku bersalah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu secara berbahaya tanpa mengambil perhatian terhadap segala hal termasuk jenis, keadaan dan saiz jalan serta kesesakan lalu lintas yang boleh dijangka atau mungkin ada di atas jalan itu sehingga menyebabka­n kematian lapan orang pemandu dan penumpang yang menaiki dua kenderaan lain.

Berikutan itu, dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 memperuntu­kkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000.

Selain itu, lesennya boleh digantung dan hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatka­n lesen memandu selama tiga tahun dari tarikh sabitan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi, manakala tertuduh diwakili peguam D Anuratha dan Kevin Lai.

Terdahulu peguam memohon supaya tertuduh yang berdepan lapan pertuduhan, dijatuhi hukuman ringan kerana tiada rekod jenayah, selain menjadi ketua keluarga kerana isteri seorang suri rumah manakala dua anak masih bersekolah.

Mahkamah kemudian menjatuhka­n hukuman penjara 30 bulan bagi setiap pertuduhan yang diperintah­kan berjalan serentak.

Tertuduh juga didenda sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan dan jika gagal bayar boleh dipenjara enam bulan.

Lesen memandu tertuduh turut digantung selama tiga tahun dan tertuduh akan menjalani hukuman di Penjara Bentong, Pahang.

 ??  ?? Norzailan Omar
Norzailan Omar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia