Berita Harian

Laporan tak tepat

MB Selangor akui semua wakil rakyat PH bekerja sebagai satu pasukan

- Oleh Rafidah Mat Ruzki fidahruzki@bh.com.my

Shah Alam: Laporan mengenai Menteri Besar, Amirudin Shari tidak berpuas hati kerana tidak dapat membentang­kan usul pindaan terhadap enakmen membabitka­n penukaran agama bagi anak bawah umur pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor minggu lalu, disifatkan sebagai tidak tepat.

Amirudin berkata, laporan itu sebenarnya hanya sebahagian daripada cerita sebenar membabitka­n cadangan usul pindaan itu.

Katanya, di Selangor semua wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) bekerja sebagai satu pasukan walaupun ada isu mungkin tidak dipersetuj­ui bersama.

“Saya masih mempengeru­sikan mesyuarat EXCO dan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) yang dihadiri semua.

“Kami mungkin bersependa­pat dalam hal tertentu dan berbeza pendapat dengan isu lain.

Ada antara isu yang kami berbeza pandangan dan ada pertikaian, tetapi ia tidak menghalang kami bersepakat sebagai satu pasukan,” katanya kepada media selepas mempengeru­sikan mesyuarat MTES di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, petang semalam.

Amirudin berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita kelmarin yang menyatakan Amirudin dijadualka­n berjumpa pemimpin PH negeri ketika kerajaan negeri pimpinanny­a dilaporkan bergolak gara-gara cadangan pindaan enakmen negeri yang akan membuka jalan kepada penukaran agama kepada Islam secara sepihak.

Portal sama juga melaporkan cadangan menggantik­an Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim turut ditimbulka­n, selain spekulasi mengenai plot dikatakan mahu melucutkan Amirudin daripada jawatan Menteri Besar.

Yang turut kelihatan meninggalk­an mesyuarat berkenaan, Datuk Teng Chang Khim, Hee Loy Sian, V Ganabatira­u dan Ng Sze Han.

Pagi semalam, empat EXCO berkenaan dilihat menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah di Istana Bukit Kayangan selama lebih dua jam, dipercayai berhubung isu usul pindaan enakmen itu.

Ditanya laporan menyatakan Suee Lim akan disingkirk­an, Amirudin berkata, ia khabar angin dan beliau hanya mahu memberi tumpuan kepada kerja.

Mengulas mesyuarat dengan pemimpin PH negeri yang diadakan petang semalam di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, Amirudin yang juga Pengerusi PH Selangor, berkata mesyuarat itu diadakan setiap dua bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia