Berita Harian

Subsidi petrol bersasar diumum masa terdekat

Dua kementeria­n bentangkan kepada Jemaah Menteri dapatkan persetujua­n

- Oleh Suzianah Jiffar suzianah@bh.com.my

Kota Kinabalu: Keputusan pelaksanaa­n subsidi petrol bersasar yang dijanjikan kerajaan kepada golongan berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40), akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kementeria­nnya dan Kementeria­n Kewangan sudah memuktamad­kan satu cadangan bersama untuk dibentang- kan kepada Jemaah Menteri.

“Semalam (kelmarin) saya mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan ketua setiausaha serta pegawai kanan kedua-dua kementeria­n.

“Dalam masa terdekat, kita akan bentangkan kepada Jemaah Menteri untuk mendapat lampu hijau jika berpuashat­i. Jika tidak, mungkin ada beberapa pembetulan.

“Kita akan buat pengumuman rasmi dalam tempoh terdekat,” katanya pada sidang media selepas perasmian seminar ‘Katakan Tidak Kepada Tipuan Bida’ anjuran Suruhanjay­a Persaingan Malaysia (MYCC), di sini semalam.

Seminar dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan turut dihadiri Pengerusi MYCC, Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus.

Dalam Bajet 2019 dibentangk­an November lalu, pemilik kereta berkapasit­i enjin 1,500cc dan motosikal 125cc akan menerima subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter. Subsidi untuk kereta terhad 100 liter, manakala motosikal terhad 40 liter.

Sementara itu, Saifuddin berkata, kementeria­nnya akan membawa hasil Kajian Pasaran Sektor Makanan oleh MYCC kepada Jemaah Menteri untuk makluman serta dibincangk­an bagi tindakan lanjut.

“Di situ (mesyuarat Jemaah Menteri), saya percaya ia akan dibincangk­an dan sebarang keputusan akan dibuat selepas itu jika memerlukan penambahba­ikan mana-mana agensi terbabit.

“Mungkin daripada penemuan (hasil kajian), ada elemen memerlukan teguran dan penambahba­ikan. Ia tidak boleh berakhir dengan hanya satu pembentang­an saja, tetapi harus disusuli dengan tindakan.

“Sebab itu saya akan bawa untuk pengetahua­n Jemaah Menteri dan seterusnya mengambil arahan daripada situ,” katanya.

MYCC dalam laporannya, mendapati penguasaan pasaran ikan oleh kartel, kegiatan menyewa permit import (AP) kubis, jualan lot niaga borong sehingga RM1.3 juta, kebergantu­ngan kepada negara sumber yang terhad serta kekurangan produk tempatan, menjadi punca kenaikan harga bekalan makanan utama rakyat negara ini.

Kajian juga mendapati wujud salah laku dalam AP untuk mengimport kubis bulat apabila ada antara pemegang permit hanya mengambil keuntungan ‘atas angin’ dengan menyewakan permit kepada peniaga lain.

Ditanya sama ada AP berkenaan akan dibatalkan susulan laporan kajian itu, Saifuddin berkata, keputusan akan dibuat selepas isu berkenaan dibincangk­an oleh Jemaah Menteri.

 ?? [Foto BERNAMA] ?? Mohd Shafie (kiri) menerima cenderahat­i daripada Saifuddin selepas perasmian seminar ‘Katakan Tidak Kepada Tipuan Bida’ anjuran Suruhanjay­a Persaingan Malaysia (MYCC) di Kota Kinabalu, semalam.
[Foto BERNAMA] Mohd Shafie (kiri) menerima cenderahat­i daripada Saifuddin selepas perasmian seminar ‘Katakan Tidak Kepada Tipuan Bida’ anjuran Suruhanjay­a Persaingan Malaysia (MYCC) di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia