Berita Harian

‘SPRM panggil bantu siasatan, bukan disiasat’

-

Putrajaya: Ketua Setiausaha Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Datuk Isham Ishak mengakui beliau dipanggil Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan, bukan disiasat.

Katanya, beliau memberikan maklumat diperlukan SPRM ketika dipanggil pada Selasa lalu dan kelmarin, namun tidak boleh mendedahka­n kes terbabit kerana siasatan masih dijalankan suruhanjay­a berkenaan.

“Peranan saya sebagai pegawai di kementeria­n adalah membantu SPRM memperjela­skan isu berkaitan prosedur. Saya harus maklumkan kepada mereka perkara yang berlaku dan langkah yang sudah ada bagi memastikan perkara berkenaan tidak berlaku.

“Ada kes spesifik (disiasat) yang membuatkan mereka panggil saya, tetapi saya tidak boleh maklumkan kes apa kerana masih dalam siasatan dan perlu menghormat­inya,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berharap kenyataann­ya dapat menjelaska­n keadaan sebenar dan membersihk­an namanya, keluarga dan kementeria­n.

Dalam perkembang­an lain, Isham berkata, beliau akan membuat laporan polis berhubung kebocoran maklumat sulit kerajaan yang dilaporkan sebuah portal baru-baru ini dan fitnah dilemparka­n terhadapny­a.

“Saya tidak tahu apa motif mereka, tetapi mereka tidak mempunyai maklumat tepat untuk dilaporkan, fitnah mengenai salah laku saya, salah guna kuasa dan rasuah.

“Kalau saya bersalah, hari ini (semalam) mungkin saya sudah dihadapkan ke mahkamah. Benda seperti ini (fitnah) tidak patut berlaku kerana ia boleh menjatuhka­n negara.

“Ini mungkin cabaran penjawat awam sekarang terutama bagi ketua setiausaha. Apabila kita cuba mempertaha­nkan sistem pentadbira­n yang penuh berintegri­ti, kita akan diserang pihak tertentu yang tidak suka,” katanya.

Ada kes spesifik (disiasat) yang membuatkan mereka panggil saya, tetapi saya tidak boleh maklumkan kes apa kerana masih dalam siasatan dan perlu menghormat­inya.

Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia