Berita Harian

Syor pendidikan berstruktu­r buat pengundi muda

-

Kota Bharu: Jawatankua­sa Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) mencadangk­an pendidikan berstruktu­r kepada pengundi muda yang mewakili lebih separuh daripada jumlah pengundi.

Pengerusin­ya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, berkata kira-kira 55 peratus daripada 23 juta pengundi berusia 35 tahun ke bawah selepas Perlembaga­an Persekutua­n berkaitan had umur mengundi dipinda bulan lalu.

Beliau berkata, pemilih berusia 18 tahun perlu memahami secara terperinci mengenai demokrasi, hak asasi dan cara mengundi supaya mereka dapat keluar mengundi secara bertanggun­gjawab. “Disebabkan 55 peratus pemilih ialah pengundi berusia 35 tahun ke bawah, bermakna keputusan menentukan kerajaan terletak pada tangan mereka.

“ERC sedar dengan cabaran itu dan akan menyediaka­n satu cadangan mengenai apa struktur perlu diwujudkan dari segi pendidikan supaya orang muda tidak kecewakan masyarakat umum dan mengundi secara matang.

“Ini rangka yang besar dan perlu diberi penekanan kerana ia bukan membabitka­n tanggungja­wab Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) saja, sebaliknya masyarakat perlu wujudkan institusi sesuai di peringkat sekolah serta universiti supaya mereka dididik daripada bawah lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Libat Urus Terbuka Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota, di sini, semalam.

ERC ditubuhkan kerajaan pada Ogos 2018, dianggotai 20 ahli pelbagai latar belakang dan diberi masa selama dua tahun untuk melakukan kajian penambahba­ikan pilihan raya.

Abdul Rashid berkata, beliau kagum dengan pelan pendidikan di negara Barat apabila anak muda sudah dilatih mengenai hak asasi dan demokrasi sejak awal.

“Kita sedar cabaran ini amat besar dan kita minta semua pihak turut menjalanka­n tanggungja­wab ini. Jika pengundi muda salah pilih, kemungkina­n ia akan menyebabka­n keadaan huru-hara,” katanya.

 ??  ?? Abdul Rashid Abdul Rahman
Abdul Rashid Abdul Rahman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia