Berita Harian

Empat subsektor henti ambil pekerja asing tiga tahun lagi

-

Putrajaya: Kerajaan bersetuju menutup penggajian pekerja asing bagi subsektor perkhidmat­an yang dibekukan sejak 2009.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegara­n menerusi kenyataan bersama berkata, subsektor itu adalah dobi, tekstil, tukang gunting dan tukang emas.

Kedua-dua menteri itu menyatakan, keputusan itu dibuat sebagaiman­a dibentangk­an Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Dalam hal ini, dasar semasa yang membenarka­n penggantia­n pekerja asing bagi subsektor itu turut dihentikan dalam masa tiga tahun lagi secara berperingk­at mulai tahun 2019 hingga 2021.

“Justifikas­i penutupan adalah berdasarka­n kepada keutamaan penggajian rakyat tempatan dan fokus kepada ekonomi yang lebih memberangs­angkan,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, Muhyiddin dan Kulasegara­n mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Bersama Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kali Ketiga, Bil 2/2019 di sini, semalam.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat turut memutuskan Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA), Kementeria­n Sumber Manusia, melaksanak­an kajian lanjut bagi menentukan keperluan penggajian pekerja asing di bawah subsektor gudang darat.

Katanya, berdasarka­n hasil kajian itu, kerajaan akan menentukan semula agensi bersesuaia­n sebagai Agensi Kawal Selia (AKS) bagi subsektor gudang darat.

“Mesyuarat juga memutuskan permohonan pekerja asing sebagai pemandu ‘prime movers’ di Westports dan Pelabuhan Tanjung Pelepas dipertimba­ngkan mengikut prosedur sedia ada dengan mengambil kira keperluan sebenar syarikat.

“Pada masa depan, syarikat perlu mempertimb­angkan faktor seperti kadar gaji, elaun dan insentif yang boleh menarik minat pekerja tempatan serta bergerak ke arah automasi dan mekanisasi,” katanya.

Kedua-dua kementeria­n juga bersetuju dengan cadangan Kementeria­n Kerja Raya berhubung kadar yuran penilaian kompetensi kemahiran untuk pekerja asing sektor pembinaan di negara sumber iaitu RM750 bagi setiap tred bagi Tred Biasa dan RM850 setiap tred bagi Tred Minyak dan Gas.

“Selain itu, kerajaan prihatin dengan masalah pengusaha sawah yang menanggung kos operasi lebih tinggi pada masa kini.

“Jadi, mesyuarat bersetuju meluaskan skop tempoh kemasukan pekerja asing di bawah Pas Lawatan (Kerja Sementara) PLKS Jangka Pendek untuk sektor pertanian khusus bagi tanaman padi untuk tempoh enam bulan,” katanya.

 ?? [Foto BERNAMA] ?? Muhyiddin bersama Kulasegara­n mempengeru­sikan Asing Kali Ke-3 di Putrajaya, semalam. Mesyuarat Jawatankua­sa Bersama i Pengurusan Pekerja
[Foto BERNAMA] Muhyiddin bersama Kulasegara­n mempengeru­sikan Asing Kali Ke-3 di Putrajaya, semalam. Mesyuarat Jawatankua­sa Bersama i Pengurusan Pekerja

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia