Berita Harian

Khabar angin MB Johor letak jawatan mengarut

-

Johor Bahru: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor menyifatka­n khabar angin Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal akan meletak jawatan sebagai berniat jahat.

Setiausaha Badan Pimpinan BERSATU Johor, Mohd Solihan Badri, berkata khabar angin disebarkan sebuah portal tajaan pembangkan­g itu tidak berasas dan mengarut.

“Laporan itu berniat jahat, membuang masa dan tidak perlu dilayan.

“Dr Sahruddin melaksanak­an tugas dan tanggungja­wabnya dengan gigih dan penuh integriti serta mendapat sokongan yang baik daripada semua EXCO termasuk daripada parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang lain.

“Beliau juga mendapat kerjasama baik dari jabatan dan agensi kerajaan negeri dan persekutua­n dalam menangani isu semasa termasuk pencemaran di Pasir Gudang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kelmarin, sebuah laman Facebook mendakwa Dr Sahruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BERSATU Bukit Kepong, akan meletak jawatan disebabkan kegagalann­ya menguruska­n masalah pencemaran, selain menerima tekanan pelbagai pihak yang kecewa dan sedih dengan pentadbira­n negeri.

Solihan berkata, kerajaan negeri di bawah pimpinan Dr Sahruddin juga melaksanak­an tanggungja­wab sebaik mungkin dengan meletakkan kepentinga­n rakyat di tempat yang sewajarnya dalam setiap tindakan serta perancanga­n.

Beliau berkata, pembangkan­g tidak seharusnya mengambil kesempatan menjadikan setiap masalah sebagai isu politik kerana sebahagian daripada puncanya berlaku ketika mereka menguasai pentadbira­n dahulu.

“PH khususnya BERSATU tidak akan menyerahka­n masa depan negeri ini kepada pihak yang sengaja menjadikan isu terpencil sebagai alat menghilang­kan keyakinan rakyat kepada kepimpinan negeri yang disokong majoriti rakyat,” katanya.

Beliau juga mendapat kerjasama baik dari jabatan dan agensi kerajaan negeri dan persekutua­n dalam menangani isu semasa termasuk pencemaran di Pasir Gudang.

Setiausaha Badan Pimpinan BERSATU Johor

 ?? (Foto Mohd Azren Jamaludin/bh) ?? Chen Choon (tengah) meninjau kawasan pembuangan sampah haram di kawasan anak sungai di Kampung Sungai Temon, Perling, Johor Bahru, semalam. Mohd Solihan Badri,
(Foto Mohd Azren Jamaludin/bh) Chen Choon (tengah) meninjau kawasan pembuangan sampah haram di kawasan anak sungai di Kampung Sungai Temon, Perling, Johor Bahru, semalam. Mohd Solihan Badri,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia