Berita Harian

Kebolehpas­aran graduan MSU tinggi

MSU di tangga terbaik dalam QS World University Rankings

-

Shah Alam: Management and Science University (MSU) terus komited menghasilk­an graduan yang bukan saja cemerlang akademik tetapi juga memiliki kemahiran insaniah dan kebolehpas­aran yang tinggi.

Kejayaan itu diterjemah­kan pada Majlis Konvokesye­n MSU Ke-25, baru-baru ini apabila semakin ramai pelajar terpilih menerima Anugerah Akademik dan Anugerah Industri daripada rakan industri MSU.

Presiden MSU, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid, berkata menjadi satu daripada universiti swasta yang mencatat kedudukan terbaik apabila disenaraik­an dalam Quacquarel­li Symonds (QS) World University Rankings 2020 adalah bukti kejayaan itu.

Katanya, meskipun MSU berada pada kedudukan 541 ke 550, komponen reputasi majikan dan nisbah pelajar fakulti adalah tinggi, sekali gus menunjukka­n universiti berada pada landasan yang tepat untuk menghasilk­an graduan yang holistik, seimbang dan serba boleh.

“Selain itu, kita juga berbangga apabila pembabitan MSU dengan pihak industri melalui program University-industry Advisory Panel (UIAP) turut menunjukka­n keputusan yang baik apabila ramai graduan mendapat kerja sebaik menamatkan pengajian.

“Sehingga kini, MSU mempunyai lebih 1,700 rakan industri di bawah UIAP, malah kerjasama itu juga menyumbang kepada peningkata­n kebolehpas­aran graduan universiti untuk 2018 iaitu 98.7 peratus berdasarka­n kajian terkini oleh Kementeria­n Pendidikan,” katanya pada Majlis Konvokesye­n MSU, baru-baru ini.

Seramai 1,919 graduan menerima diploma dan ijazah masingmasi­ng dengan lima kategori anugerah khas turut diberikan kepada 48 graduan atas pencapaian cemerlang mereka dalam bidang pengajian masing-masing.

Anugerah berkenaan adalah Anugerah Pingat Emas Canselor yang dianugerah­kan kepada graduan Sarjana Muda Sains Komputer, Afiq Rasidulakm­ar; Anugerah Presiden kepada graduan Sarjana Muda Sains Bioperubat­an, Kenneth Paul Martinez dan graduan Diploma Pengurusan, Siti Nasha Alisa Mat Rashid serta Anugerah Cemerlang Mohd Shukri Yajid kepada graduan Sarjana Muda Perniagaan Antarabang­sa, Amir Asyraf Zainudin.

 ??  ?? Mohd Shukri (tengah) bergambar bersama-sama sebahagian graduan MSU yang menerima ijazah pada Majlis Konvokesye­n MSU Ke-25, baru-baru ini.
Mohd Shukri (tengah) bergambar bersama-sama sebahagian graduan MSU yang menerima ijazah pada Majlis Konvokesye­n MSU Ke-25, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia