Berita Harian

Aktif berpersatu­an resipi graduan cemerlang

-

Shah Alam: Menitik beratkan hubungan baik dengan pensyarah dan bergaul dengan rakan yang mendorong diri untuk sentiasa belajar menjadi antara faktor kejayaan Afiq Rasidulakm­ar, 26, yang dipilih selaku penerima Anugerah Pingat Emas Canselor bersempena Majlis Konvokesye­n MSU Ke-25, di sini, baru-baru ini.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer itu berkata, beliau tidak menyangka terpilih sebagai penerima anugerah utama kerana lebih ramai pelajar lain yang turut menunjukka­n pencapaian cemerlang baik baik dari segi akademik atau kokurikulu­m.

“Saya tidak pernah meletakkan harapan untuk mendapat anugerah tertinggi ini tetapi sentiasa meletakkan sasaran untuk menjadi antara pelajar terbaik.

“Sebagai pelajar, janganlah belajar untuk sekadar lulus kerana ia bukan pemikiran yang sihat apatah lagi majikan pada hari ini bukan saja melihat pencapaian akademik semata-mata sebaliknya turut mengambil kira aspek lain seperti kemahiran insaniah dan kepimpinan,” katanya.

Sementara itu, penerima Anugerah Presiden, Kenneth Paul Martinez, berkata pengurusan masa yang bijak dan fokus ketika sesi kuliah banyak membantu beliau mendapat keputusan cemerlang dalam akademik.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubat­an yang berasal dari Lahad Datu, Sabah itu berkata, kejayaan berkenaan adalah hadiah kepada ibu bapa beliau yang bertungkus lumus bekerja untuk membolehka­nnya mendapat pendidikan yang baik.

“Saya bukan berasal dari keluarga senang, jadi saya mahu pengorbana­n ibu bapa berbaloi menyebabka­n saya sentiasa mendisipli­nkan diri untuk fokus dalam pelajaran dan dalam masa yang sama aktif menyertai pelbagai aktiviti di MSU untuk meningkatk­an kemahiran insaniah,” katanya.

 ??  ?? Penerima Anugerah Pingat Emas Canselor, Afiq Rasidulakm­ar.
Penerima Anugerah Pingat Emas Canselor, Afiq Rasidulakm­ar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia