Berita Harian

Airasia mula kutip caj perkhidmat­an penumpang

Pungutan diperjelas­kan dalam item tambang

-

Airasia mengutip caj perkhidmat­an penumpang (PSC) yang dilevikan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bermula tengah malam tadi, susulan keputusan mahkamah baru-baru ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini menolak permohonan Airasia Bhd dan Airasia X berhubung pembayaran tertunggak PSC kepada Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MASSB), sebuah anak syarikat MAHB.

PSC, atau cukai lapangan terbang dikenakan oleh MAHB kepada semua penumpang yang berlepas kerana menggunaka­n kemudahan lapangan terbang dan ia dikutip oleh syarikat penerbanga­n seperti Airasia bagi pihak pengendali lapangan terbang.

MAHB mengenakan PSC baharu RM73 ke atas penumpang yang menggunaka­n klia2 ke destinasi luar ASEAN, kadar sama yang dikenakan di terminal perkhidmat­an penuh Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), berkuat kuasa Julai 2018.

Ia lebih tinggi berbanding kadar sebelumnya RM50. AirAsia enggan mengutip tambahan RM23 daripada penumpang bagi memastikan perjalanan udara kekal mampu milik untuk semua orang.

Airasia akan mengutip tambahan RM23 PSC dan beza jumlah berkenaan akan dijelaskan dalam item tambang sebagai PSC (Dalam Bantahan).

Ketua Pegawai Eksekutif Airasia Malaysia, Riad Asmat, berkata pihaknya mengutip jumlah PSC penuh berjumlah RM73, namun ia dilakukan dalam satu bentuk bantahan.

“Kami akan memaparkan tambahan PSC sebanyak RM23 ini sebagai satu item khusus di dalam resit pembayaran agar 5.5 juta penumpang kami yang berlepas dari klia2 untuk ke destinasi luar daripada ASEAN setiap tahun dapat menilai sendiri sama ada jumlah yang mereka bayar itu setimpal dengan kemudahan di klia2 yang berkualiti rendah.

“Saya percaya ramai akan bersetuju ia tidak berbaloi untuk membayar caj yang sama bagi terminal berkenaan berbanding KLIA yang lebih mewah dan selesa,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Airasia X, Benyamin Ismail, berkata PSC bagi penumpang ke luar ASEAN meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh kurang dua tahun daripada RM32 kepada RM73.

“Percayalah, kami tidak mahu melakukann­ya dan bersimpati dengan penumpang,” katanya.

Saya percaya ramai akan bersetuju ia tidak berbaloi untuk membayar caj yang sama bagi terminal berkenaan berbanding KLIA yang lebih mewah dan selesa. Riad Asmat,

Ketua Pegawai Eksekutif Airasia Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia