Berita Harian

Saluran khas galak pelaburan dari China

Malaysia mampu tawar destinasi pelaburan selamat bagi pelabur

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Malaysia bercadang untuk mewujudkan saluran khas menerusi institusi sedia ada, bagi memudahkan pelaburan dari China, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

“Apabila saya pergi ke China untuk misi pelaburan, kami akan memberikan perincian lanjut kepada pelabur China katanya ketika ditemui di Forum Kerjasama Ekonomi MalaysiaCh­ina Jalur dan Jalan 2019 di Kuala Lumpur, semalam.

Guan Eng juga mengesahka­n beliau akan ke Shenzhen, China bulan ini bagi misi pelaburan.

Beliau berkata, Malaysia mampu menawarkan destinasi pelaburan selamat bagi pelabur China di tengah-tengah perang perdaganga­n Amerika Syarikat (AS) dan ekonomi kedua terbesar dunia itu.

“Kami mahu mempromosi Malaysia supaya mereka (pelabur China) sedar bahawa kita lebih baik bukan hanya dalam kepelbagai­an perkilanga­n, tetapi juga kos berbanding negara lain,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai bon Panda, Guan Eng berkata, kerajaan masih berunding dengan China mengenai bon itu dan sedang menilai mengenai penetapan harga dan kadar faedah bagi bon itu.

“Buat masa ini, penetapan harga kurang menarik,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya pada forum yang dianjurkan Majlis Perniagaan MalaysiaCh­ina (MCBC), Guan Eng berkata, Malaysia adalah salah satu penerima manfaat Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) yang dilaksanak­an China.

Beliau berkata, BRI adalah satu strategi ekonomi yang dibangunka­n China untuk meningkatk­an hubungan dengan dunia.

“Mana-mana negara dengan pelan yang sedemikian, tidak boleh mengabaika­n Malaysia, yang terletak di tengah-tengah ASEAN dan tepat di tengahteng­ah perdaganga­n timur-barat.

“Malaysia menyokong BRI untuk menggalakk­an pembanguna­n mapan merentasi Asia dan menjadikan rantau itu lebih rapat menerusi mekanisme yang telus dan adil.

“Jika dibuat dengan betul, BRI akan menjadi penyelesai­an menang-menang untuk Asia,” katanya.

Guan Eng berkata, minat China di Malaysia sangat tinggi dengan ekonomi kedua terbesar dunia itu menjadi penyumbang kedua terbesar pelaburan perkilanga­n diluluskan pada suku pertama 2019 berjumlah RM4.4 bilion.

Katanya, hubungan ekonomi kedua-dua negara rapat bukan saja bersandark­an kepada hubungan rapat dalam sosial dan politik, tetapi negara ini juga mempunyai tawaran ekonomi yang sangat kompetitif terutama dalam perkilanga­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia