Berita Harian

Penganjura­n APEC 2020 perkukuh dagangan negara

-

Penganjura­n Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada 2020 akan meletakkan Malaysia dalam landasan betul sebagai sebuah negara perdaganga­n yang signifikan.

Ia juga berpotensi meluaskan lagi segmen perniagaan Malaysia sehingga merentasi sempadan.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), Datuk Seri Norazman Ayob, berkata APEC memainkan antara peranan paling berpengaru­h ke atas ekonomi dunia dengan AS$48 trilion atau 60 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global adalah daripada pakatan kerjasama itu.

Beliau berkata, 47 peratus perdaganga­n global juga datang daripada anggota APEC yang merekodkan jumlah perdaganga­n global sebanyak AS$22 trilion.

“Kali terakhir Malaysia menjadi penganjur APEC adalah pada 1998 dan penganjura­n pada tahun depan akan menjadi penanda aras penting kepada ekonomi tempatan dan global.

“Penganjura­n ini adalah usaha negara dan menyaksika­n ia bakal menjadi platform penganjura­n terbaik dari segala sudut termasuk hospitalit­i, semangat Malaysia Boleh dan kemakmuran bersama yang sememangny­a menjadi nadi negara,” katanya pada Taklimat Media APEC 2020 di Kuala Lumpur, semalam.

Sekretaria­t Negara APEC 2020 menjelaska­n pada 2018, ekonomi APEC menyumbang sebanyak 77.6 peratus kepada keseluruha­n perdaganga­n Malaysia, merangkumi 77.8 peratus eksport dan 77.3 peratus import.

Jumlah pelaburan langsung asing (FDI) dalam sektor pembuatan pula menyumbang 74 peratus atau RM42.65 bilion pada 2018 berbanding RM12.6 bilion pada 2017.

Sementara itu, jumlah pelaburan yang dilaksanak­an dalam pembuatan direkodkan sebanyak RM1 bilion.

APEC yang terdiri daripada 21 negara, adalah forum ekonomi serantau ditubuhkan pada 1989 bagi memanfaatk­an kebergantu­ngan yang semakin meningkat di kalangan negara Asia Pasifik.

Ia bertujuan untuk mewujudkan kemakmuran dengan menggalakk­an keseimbang­an, inklusif, kelestaria­n, inovatif dan jaminan pertumbuha­n termasuk meningkatk­an lagi integrasi ekonomi serantau.

Forum perdaganga­n global yang terkemuka itu akan menyediaka­n banyak peluang untuk rakyat Malaysia berkembang khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang akan mengambil bahagian dalam persediaan serta penganjura­n acara itu.

Ia sejajar unsur teras dan matlamat penganjura­n APEC 2020, iaitu ‘Perkongsia­n Kemakmuran’, ‘Hospitalit­i Malaysia’ dan ‘Malaysia Boleh’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia