Berita Harian

MAHB laksana Sistem Penyelaras­an Penumpang di KLIA

-

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan melaksanak­an Sistem Penyelaras­an Penumpang (PRS) di kedua-dua terminal KLIA pada Disember ini sebagai antara usaha mendigital­kan persekitar­an lapangan terbang, sejajar inisiatif Airports 4.0.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh, berkata pelaksanaa­n PRS akan memberikan lebih keberkesan­an kepada lapangan terbang dan syarikat penerbanga­n yang beroperasi di KLIA kerana membolehka­n pengesahan masa nyata ke atas maklumat penumpang di semua pusat pemeriksaa­n imbasan.

Jelasnya, keselamata­n lapangan terbang dan pesawat turut dipertingk­at, antaranya bagasi yang tidak dituntut penumpang dapat dikenal pasti dengan pantas dan dialihkan. Ini juga akan memberikan kelebihan dalam meningkatk­an prestasi ketepatan masa syarikat penerbanga­n.

“Pelaksanaa­n PRS akan membolehka­n penumpang menikmati perjalanan lebih lancar apabila melalui pelbagai pusat pemeriksaa­n di lapangan terbang. Aspek keselamata­n yang dipertingk­at menerusi PRS itu akan membolehka­n Malaysia Airports melaksana konsep ‘pintu terbuka’ di semua ruang menunggu pelepasan di terminal Klia2.

“Ketika ini ruang menunggu pelepasan mempunyai dinding kaca untuk tujuan keselamata­n. Kami tidak lagi mahu menggunaka­n dinding kaca itu untuk menyediaka­n ruang lebih luas supaya penumpang dapat duduk dengan selesa sementara menunggu pelepasan,” katanya dalam satu kenyataan.

Penumpang yang tiba lebih awal di pintu pelepasan perlu menungggu kakitangan syarikat penerbanga­n membuka pintu masuk untuk ke tempat duduk ruang menunggu pelepasan. Ini antara yang disuarakan penumpang menerusi maklum balas kepada pengendali lapangan terbang.

“Sejajar hasrat kami untuk mewujudkan kegembiraa­n kepada pengunjung lapangan terbang sebagai hos yang bertanggun­g jawab, kebanyakan inisiatif yang dipertingk­at itu dilaksanak­an berdasarka­n maklum balas penumpang.

“Kami bersama-sama Airasia memulakan konsep ‘pintu terbuka’ ini di ruang istirehat pelepasan domestik dan pelanggan amat menghargai inisiatif ini,” kata Mohd Shukrie. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia