Berita Harian

Ujian rintis 5G Digi dapat maklum balas positif

Bermanfaat untuk pengguna dan perniagaan

- Oleh Nabil Basaruddin bhbiz@bh.com.my

Digi Telecommun­ications Sdn Bhd (Digi) mendapat maklum balas positif daripada Pameran Teknologi 5G yang dilaksanak­an syarikat telekomuni­kasi itu beberapa bulan lalu dan ujian rintis teknologi berkenaan kepada orang ramai.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Albern Murty, berkata Digi menerima banyak maklum balas yang menunjukka­n minat terhadap teknologi 5G itu kerana ia bukan saja untuk pengguna, malah turut memberi manfaat kepada perniagaan.

“Berdasarka­n kepada sambutan Pameran 5G Malaysia pada April lalu, orang ramai mula memahami mengenai teknologi ini dan bagaimana ia mampu beri manfaat kepada pertumbuha­n ekonomi negara.

“Malah, kebanyakan mereka di luar sana juga melihat teknologi 5G bukan sekadar berfungsi di telefon mudah alih mereka, malah lebih daripada itu,” katanya selepas majlis pelancaran Program Keselamata­n Jalan Raya Digi 2019 di Subang, semalam.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke.

Selain pameran, syarikat itu turut menjalanka­n ujian rangkaian 5G, yang mana usaha itu adalah selari dengan perkembang­an industri yang mula mengorak langkah ke arah pelaksanaa­n teknologi berkenaan.

Mengulas lanjut, Murty berkata, Digi menjalin kerjasama rapat dengan Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia serta Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam usaha untuk merealisas­ikan pelaksanaa­n teknologi 5G di Malaysia.

Katanya, syarikat sentiasa komited dalam membangunk­an teknologi itu, malah ia seiring dengan sasaran kerajaan melalui Pelan Gentian Optik dan Kesalinghu­bungan Negara (NFCP).

“Pembanguna­n teknologi ini bukan hanya membabitka­n satu pihak saja malah ia merangkumi keseluruha­n peserta industri telekomuni­kasi di negara ini.

“Semua peserta industri memainkan peranan penting dengan menjalin usaha sama strategik bersama pihak kerajaan dan SKMM untuk memastikan ia mencapai kemajuan seperti yang disasarkan,” katanya.

Mengenai program yang dilancarka­n semalam, Murty berkata, ia akan dijalankan menggunaka­n data telematik bagi membantu pemandu kenderaan komersial lebih berhemah.

Katanya, kenderaan telematik adalah teknologi berupaya menghantar, menerima dan menyimpan maklumat kenderaan serta pemandu yang menggunaka­n peranti disambungk­an ke internet.

Katanya, 1,000 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga bakal menerima dana sehingga RM10,000 dalam bentuk diskaun untuk melengkapk­an kenderaan mereka dengan teknologi telematik.

 ?? (Foto Supian Ahmad/bh) ?? Murty (kiri) memberi penerangan kepada Loke (dua dari kiri) pada majlis pelancaran Program Keselamata­n Jalan Raya Digi 2019 di Subang, semalam.
(Foto Supian Ahmad/bh) Murty (kiri) memberi penerangan kepada Loke (dua dari kiri) pada majlis pelancaran Program Keselamata­n Jalan Raya Digi 2019 di Subang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia