Berita Harian

SC susun semula organisasi, pengurusan kanan

-

Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC) mengumumka­n penyusunan semula organisasi dan beberapa pelantikan pengurusan kanan.

Ia bagi memperkuku­h kedudukan pengawal selia itu bagi memacu perubahan dalam ekosistem pasaran modal dan memenuhi keperluan pihak berkepenti­ngan yang semakin berkembang.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SC, Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, kini mempunyai penyeliaan langsung terhadap fungsi pengawasan dan pemantauan serta kumpulan urusan Sumber Korporat yang diperluask­an, merangkumi Jabatan Teknologi dan Pembanguna­n Manusia dan Organisasi.

Nadiah Abdullah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Sumber Korporat SC yang baharu berkuat kuasa 5 Ogos 2019.

Beliau menggantik­an Tengku Zarina Tengku Chik, yang memegang jawatan baharu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Securities Industry Developmen­t Corporatio­n (SIDC), berkuat kuasa 1 September 2019.

Nadiah mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam pengurusan perundinga­n, transforma­si korporat, kepimpinan dan pengurusan bakat, di samping integrasi perniagaan dan teknologi Accenture Sime Darby Bhd serta Airasia Bhd.

Sejajar dengan visi SC untuk menggalakk­an inovasi bagi memacu kelebihan daya saing dalam pasaran modal, kumpulan urusan Pembanguna­n & Pasaran Islam akan diasingkan bagi memudahcar­akan tumpuan yang lebih jelas terhadap pembanguna­n jangka lebih panjang bagi pasaran modal dan pasaran modal Islam yang lebih meluas.

Salmah Bee Mohd Mydin, yang berkhidmat dengan SC selama 25 tahun dalam pelbagai peranan termasuk penguatkua­saan, pengawasan dan pelesenan, dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan Urusan Pembanguna­n Pasaran berkuat kuasa 1 Ogos 2019.

Untuk membangunk­an lebih banyak dasar menyeluruh yang akan memacu pertumbuha­n masa depan dan daya saing pasaran modal, kumpulan urusan Pembanguna­n Pasaran akan mengendali­kan perancanga­n dan strategi korporat keseluruha­n SC.

Fungsi ini akan diketuai oleh Dr Wong Huei Ching, yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah.

Ketua Pegawai Eksekutif SIDC ketika ini, Sharifatul Hanizah Said Ali akan menyertai SC sebagai Pengarah Eksekutif untuk mengetuai kumpulan urusan Pembanguna­n Pasaran Modal Islam berkuat kuasa 10 Ogos 2019.

Sharifatul Hanizah, seorang ahli profesiona­l industri perkhidmat­an kewangan dengan pengalaman lebih tiga dekad, akan ditugaskan untuk mengenal pasti bidang pertumbuha­n baharu bagi pasaran modal Islam ke arah kedudukan di peringkat global yang bersedia menghadapi masa hadapan.

Untuk memupuk inovasi kewangan yang lebih meluas melalui penggunaan teknologi, kumpulan urusan Strategi Digital dan Inovasi yang disusun semula akan menyatukan usaha SC dalam menggalakk­an model pembiayaan berasaskan pasaran yang inovatif dan memantau persekitar­an risiko siber yang semakin berkembang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia